DBKL tutup padang Dataran Merdeka

Fauzi Suhaimi
Julai 27, 2020 10:15 MYT
Justeru, semua aktiviti tempahan padang di Dataran Merdeka ditutup buat sementara. - Foto BERNAMA
Padang di Dataran Merdeka, di sini, akan ditutup sepenuhnya selama lima bulan mulai 1 Ogos hingga 31 Disember depan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasmi memaklumkan, penutupan tersebut bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan termasuk penggantian rumput di padang berkenaan.
"Kerja penyelenggaraan dan penggantian rumput dilakukan bagi memastikan kehijauan kawasan berkenaan dikekalkan dan kualiti padang dapat dipertingkatkan.

MAKLUMAN AWAM Penutupan padang Dataran Merdeka dan aktiviti-aktiviti di atasnya mulai 1 Ogos 2020 sehingga 31 Disember 2020. Ini adalah bagi membolehkan kerja-kerja penggantian rumput dan penyenggaraan dilaksanakan.#SayangiKualaLumpur#welovekualalumpur#kualalumpurkitapunya pic.twitter.com/6Ii7Zt2s0l

— Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (@DBKL2u) July 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Justeru, semua aktiviti tempahan padang di Dataran Merdeka ditutup buat sementara," katanya DBKL.
#Dataran Merdeka #DBKL #Kuala Lumpur #Merdeka #Padang #penyelenggaraan #tanam rumput #tutup #Twitter
;