DBKL tidak terima permohonan himpunan Mesir
Azyyati Ahmad
Ogos 16, 2013 11:46 MYT
Ogos 16, 2013 11:46 MYT
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah memberikan apa-apa kelulusan kepada perhimpunan aman mengutuk kekejaman Kudeta Mesir yang akan diadakan Sabtu ini.
Menurut seorang jurucakap DBKL setakat ini mereka tidak menerima permohonan dari mana-mana pihak penganjur berkenaan perhimpunan tersebut.
“Kalau tiada permohonan dibuat, DBKL tidak dapat bagi kelulusan dan polis tak akan keluarkan permit” katanya.
Perhimpunan berkenaan dijangka akan diadakan esok, 17 Ogos selepas solat Jumaat bertempat di Dataran Merdeka.