Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas kompaun trafik sempena kempen 'Membayar Tunggakan Hasil DBKL' di 32 lokasi di seluruh ibu negara bermula 6 hingga 20 Ogos ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata dalam tempoh itu, pesalah trafik yang mempunyai tunggakan kompaun hanya perlu membayar RM20 bagi motosikal.
Beliau berkata bagi kereta, kenderaan pelbagai guna (MPV), van, lori kecil, pikap dan kenderaan utiliti sukan (SUV) pesalah hanya perlu membayar RM30 manakala RM100 bagi kenderaan berat.
"Sepanjang tahun lepas, 1.2 juta kompaun tertunggak bernilai RM1.4 juta melibatkan kesalahan trafik dicatatkan dan DBKL berharap agar melalui kadar khas ini warga kota boleh mengambil peluang melunaskan hutang masing-masing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mhd Amin Nordin berkata melalui kempen itu juga, warga kota boleh membayar cukai taksiran, sewa perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam(PA), sewaan gerai pasar di kaunter-kaunter yang disediakan.
Beliau berkata kaunter berkenaan dibuka dari 9 pagi hingga 2 petang dan senarai lokasi boleh didapati di laman web DBKL www.dbkl.gov.my.
Tambahnya, sebanyak RM102 juta daripada RM1.2 bilion cukai taksiran tidak dijelaskan oleh pemilik harta, manakala RM32 juta daripada RM64 juta sewa perumahan PPR/PA tidak dijelaskan dan RM7.5 juta daripada RM17 juta sewaan gerai pasar turut didapati tertunggak.
"Sebaik tamat tempoh kempen ini, DBKL akan mengambil tindakan tegas iaitu operasi sita dan tindakan mahkamah ke atas pemilik harta yang gagal melunaskan tunggakan cukai taksiran mereka.
"Bagi penyewa kediaman PPR/PA serta gerai pasar, DBKL akan menamatkan penyewaan dan juga tindakan mahkamah," kata Mhd Amin Nordin.
Mengenai iklan atau poster haram, beliau berkata DBKL akan membatalkan lesen premis terhadap syarikat yang menampal iklan atau poster secara haram di kawasan awam.
Selain itu, deposit akan dikenakan bagi setiap permohonan lesen premis baharu dan pelanggaran klausa larangan mempamer iklan haram akan menyebabkan deposit diambil serta-merta.
Sepanjang tahun lepas hingga 15 Julai tahun ini, 1.6 juta poster dan iklan haram telah diturunkan oleh pasukan penguat kuasa khas membanteras iklan dan poster haram dengan 672 kompaun dikenakan.
Bernama
Tue Jul 26 2016
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata DBKL berharap melalui kadar khas ini warga kota boleh mengambil peluang melunaskan hutang masing-masing. - Gambar fail
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.
Tiada keperluan mendesak pinda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 - MBWP
Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) berpandangan bahawa tiada keperluan yang mendesak untuk meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
Beberapa jalan di ibu kota dinaiki air susulan hujan lebat malam ini
Hujan lebat sejak 7.30 malam ini di ibu kota telah menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air.
DBKL pantau banjir kilat menerusi bilik gerakan 24 jam - Dr Zaliha
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaktifkan bilik gerakan bagi memantau sebarang kejadian terutamanya banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.