DBKL nafi kenyataan tular beri promosi kompaun satu saman RM10

Bernama
Mei 9, 2017 14:23 MYT
DBKL menafikan ada mengeluarkan kenyataan yang tular di media sosial bahawa ia memberi ''kadar promosi'' satu saman RM10.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan ada mengeluarkan kenyataan yang tular di media sosial bahawa ia memberi ''kadar promosi'' satu saman RM10.
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Khalid Zakaria berkata perkara itu tidak benar dan DBKL tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dan promosi sedemikian.
"Orang ramai yang ingin menyemak notis kompaun mereka boleh merujuk di https://appsys.dbkl.gov.my/ezbill/index.asp atau berhubung terus dengan pegawai kompaun di Kaunter 13, Menara DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur," katanya menerusi kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
#DBKL #kadar promosi #Khalid Zakaria #kompaun