DBKL: Laluan berbasikal setiap hujung minggu

Astro Awani
Mac 27, 2013 12:41 MYT
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menutup beberapa jalan utama di sekitar pusat bandaraya untuk dijadikan laluan basikal setiap hujung minggu.
Penutupan jalan bagaimanapun hanya akan melibatkan beberapa laluan ikonik seperti di kawasan KLCC dan Dataran Merdeka untuk menggalakkan aktiviti riadah berbasikal.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib percaya cara ini dapat mempromosikan gaya hidup sihat kalangan warga kota.
Sementara itu usaha menjadikan kuala lumpur sebagai bandaraya mesra basikal juga sedang giat dijalankan.
Ahmad Phesal berkata demikian sebelum menyempurnakan kayuhan sejauh enam kilometer dari kediaman rasminya di Changkat Tunku hingga ke ibu pejabat DBKL di Jalan Raja Laut.
Beliau membuat kayuhan bagi memenuhi janjinya sempena sambutan Earth Hour 2013 Sabtu lalu.
Ahmad Phesal berjanji untuk berbasikal ke pejabat jika terdapat 50 bangunan menyertai kempen memadamkan lampu selama sejam pada hari berkenaan.
#berbasikal #Datuk Bandar #DBKL
;