DBKL jawab isu CCTV, akui 60 peratus tidak berfungsi

Hakim Rahman
Ogos 6, 2013 23:48 MYT
Vandalisma merupakan punca kegagalan fungsi kamera litar tertutup (CCTV) selain kamera sedia ada tidak diselenggarakan dengan baik.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mengakui 60 peratus daripada 419 CCTV yang dipasang hanya sekadar hiasan dan tiada fungsi.
Mengatasi masalah ini, Ahmad Phesal berkata pihaknya melantik kontraktor baru bagi kerja membaik pulih.
Klik video untuk berita penuh.
#CCTV #Datuk Ahmad Phesal Talib #DBKL #PDRM