Penganjur bazar Ramadan digesa untuk berganding bahu dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menjaga kualiti makanan dan kebersihan bazar.
Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mohd Saufi Muhammad berkata penganjur diminta tidak hanya mementingkan aspek keuntungan semata-mata tetapi turut menekankan aspek kebersihan.
"Saya ambil kesempatan menyeru kepada jawatankuasa penganjur seramai 89 orang itu untuk memastikan bazar Ramadan mematuhi spesifikasi DBKL dan bukan menggunakan secara sewenang-wenangnya," katanya.
Antara lain, Mohd Saufi turut memberi peringatan buat masyarakat Islam yang membeli-belah di Bazar Ramadan agar meneliti kebersihan pengendali makanan sebelum membeli.
"Pilih gerai yang bersih, bukan hanya tengok makanan nampak sedap kita sudah beli, tetapi aspek kebersihan merangkumi semua termasuk pengendali makanan.
“Sama ada dia memakai apron, tutup kepala dan sarung tangan atau tidak,” katanya ketika sidang media Operasi Penguatkuasaan Pemeriksaan Sanitasi Dan Persampelan Makanan Bazar Ramadan 2016 pada Isnin.
Operasi tersebut akan diadakan selama 14 hari bermula di Bazar Ramadan Flat Jalan Kuching.
Sehingga 23 Jun, dianggarkan 770 sampel makanan akan diambil dari 14 tapak bazar Ramadan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, pengerusi penganjur bazar berkenaan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata pihaknya mengambil langkah memperketatkan syarat-syarat peniaga tahun ini agar kes kebersihan di bazar tersebut tidak berulang.
“Saya minta orang ramai yang punya aduan boleh ajukan kepada saya mahupun di Facebook Bazar Flat PKNS Jalan Kuching.
“Ini kerana saya tak mahu isu besar seperti tahun lepas iaitu kes ‘katak dalam lemang’ berulang lagi,” katanya kepada pemberita.
Menurut DBKL, peniaga yang menjual makanan tercemar akan dikenakan kompaun maksimum RM2,000 dan akan disenaraihitamkan untuk mendapat lesen pada tahun seterusnya.
Azyyati Ahmad
Mon Jun 06 2016

Penganjur diminta tidak hanya mementingkan aspek keuntungan semata-mata tetapi turut menekankan aspek kebersihan. -Gambar fail
Finland dinobatkan negara paling bahagia untuk tahun kelapan berturut-turut
Seperti tahun sebelumnya, negara-negara Nordik terus mendominasi kedudukan teratas dengan Denmark, Iceland dan Sweden masing-masing berada di tempat kedua, ketiga dan keempat, manakala Norway di tangga ketujuh.
Bekas pekerja Eminem didakwa curi, jual lagu tidak diterbitkan
Seorang jurutera bunyi didakwa di mahkamah kerana mencuri dan menjual lagu-lagu yang tidak diterbitkan penyanyi rap, Eminem secara dalam talian.
Eddie Jordan meninggal dunia akibat kanser prostat
Bekas pemilik pasukan Formula Satu, Eddie Jordan yang memberi peluang debut kepada Michael Schumacher meninggal dunia akibat kanser prostat, pada Khamis.
Lebih 700 rakyat terbunuh dalam serangan udara sejak Selasa
Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak Selasa.
AS kini pasaran eksport terbesar Malaysia atasi China
Amerika Syarikat (AS) kini merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia mengatasi China dari segi kuantiti eksport.
Ops Bersih Ramadan: Wujud sindiket seludup pengemis warga Thailand ke Kelantan
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam mendedahkan wujud kegiatan sindiket yang membawa masuk pengemis dari Thailand untuk mengemis di beberapa lokasi sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan.
Pegawai farmasi disyaki hina Nabi Muhammad di laman sosial ditahan
Seorang pegawai farmasi yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial baru-baru ini ditahan polis.
Rafizi bakal pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR
Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli bakal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang berlangsung pada 24 Mei depan.
Melaka tuan rumah pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026
Kerajaan bersetuju menjadikan Melaka sebagai tuan rumah bagi pelancaran sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM2026).
Hampir 10,000 penunggang motosikal terkorban dalam dua tahun
Sebanyak 9,973 kematian melibatkan penunggang motosikal direkodkan sepanjang tahun 2023 dan 2024.

PM arah pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan
Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung.

Ayam golek RM1 habis dalam masa sejam, peniaga alu-alukan infak orang ramai
Restoran Terubuk Bakar di Jalan Langgar mencipta fenomena apabila ayam bakar dijual pada harga RM1 habis dalam masa kurang dari sejam pada Ahad.

Caj tapak Bazar Ramadan DBKL serendah RM500
Caj bagi setiap tapak Bazar Ramadan yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan serendah RM500 sahaja.

Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.

Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.

Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.

Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.

Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.

Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.

PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.