DBKL buka kaunter di pusat beli belah
Bernama
Januari 30, 2013 12:39 MYT
Januari 30, 2013 12:39 MYT
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuka kaunter bayaran cukai taksiran di tiga buah pusat membeli-belah bermula Jumaat ini.
Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr Ismail Stapa dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembukaan kaunter itu bersempena dengan Bulan Pembayar Cukai Taksiran DBKL Penggal Pertama Tahun 2013.
Kaunter bayaran itu akan dibuka di Jusco Taman Maluri Cheras dan Mid Valley Megamall pada pukul 10 pagi hingga 9 malam, serta di Jusco Metro Prima Kepong pada pukul 10 pagi hingga 8 malam sepanjang Februari ini.
Sementara itu, sebuah kaunter bergerak akan dibuka di sebelah Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada pukul 9 pagi hingga 6 petang bermula 1 Februari hingga 10 Februari ini.
Ismail berkata warga kota digalakkan mengambil kesempatan itu untuk membayar cukai taksiran dengan mengemukakan bil ketika membuat pembayaran di kaunter tersebut.
Orang ramai boleh menghubungi Zaisatul Khairyzal Salleh di talian 03-26179950 untuk maklumat lanjut.