DBKL benar perhimpunan sokong rang undang-undang syariah di Padang Merbok

Bernama
Februari 8, 2017 13:53 MYT
DBKL tiada masalah berhubung permohonan penganjur untuk menggunakan Padang Merbok namun perlu mematuhi syarat ditetapkan. -Gambar fail
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan penganjur untuk mengadakan perhimpunan menyokong cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) di Padang Merbok pada 18 Feb.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dalam kenyataan berkata DBKL tiada masalah berhubung permohonan pihak penganjur untuk menggunakan Padang Merbok sebagai tempat berhimpun namun perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, katanya.
PAS sebelum ini telah memohon untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan itu, tetapi ditolak DBKL. -- BERNAMA
#Mhd Amin Nordin #Padang Merbok #rang undang-undang syariah