DBKL belum putuskan ujibakat ketiga penghibur jalanan
Vilashiiney Panneerselvam
Februari 18, 2013 15:26 MYT
Februari 18, 2013 15:26 MYT
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih belum membuat keputuskan jika ujibakat ketiga akan diadakan untuk memberikan lesen kepada penghibur jalanan.
Pihak DBKL berkata uji bakat ketiga bergantung kepada permintaan dari penghibur jalanan kerana sebahagian daripada mereka masih tidak sedar dengan keputusan DBKL yang bersedia untuk menyediakan ruang kepada penghibur jalanan.
Setakat ini dua uji bakat telah diadakan, di mana kira-kira 200 penghibur jalanan menghadiri sesi pertama dan 20 lagi menghadiri uji bakat kedua.
Uji bakat pertama telah diadakan di Galeri Seni Visual Negara pada 29 Januari dan uji bakat kedua di Panggung Bandaraya pada 16 Februari.
Para penghibur telah dinilai oleh sekumpulan pemuzik Malaysia yang terkenal. Ia telah dianjurkan oleh Galeri Seni Visual Negara, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, dan Persatuan Karyawan Malaysia.
Langkah ini telah dicadangkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib dalam usaha untuk memantau aktiviti penghibur jalanan kerana ia akan menggambarkan imej negara.
Pengarah Jabatan Budaya, Kesenian dan Sukan DBKL Idzawi Raja Ismail berkata mereka tidak menetapkan had untuk bilangan penghibur jalanan yang dibenarkan dan cuba untuk menampung sebanyak yang boleh.
Kesesuaian lokasi, penampilan yang bersih, masa dan disiplin merupakan antara aspek yang dipertimbangkan DBKL.
DBKL belum memutuskan jika mereka yang dikenal pasti tanpa permit akan didenda.