DBKL arah syarikat multimedia tarik balik iklan Hari Raya

Bernama
Julai 5, 2015 18:45 MYT
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengarahkan sebuah syarikat multimedia menarik balik iklan 'Selamat Hari Raya' di papan iklan digital di Bukit Bintang.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengarahkan sebuah syarikat multimedia menarik balik iklan 'selamat hari raya' di papan iklan digital di Bukit Bintang.
Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz berkata arahan itu adalah bagi menangani persepsi buruk terhadap iklan itu yang didakwa mirip kepada imej khinzir yang memakai baju Melayu dan songkok.
"DBKL ingin menyatakan bahawa imej yang dipaparkan itu ialah imej beruang yang menjadi maskot kepada syarikat yang berpangkalan di Australia itu.
"DBKL telah mengarahkan syarikat terbabit menarik balik iklan berkenaan bagi mengelak persepsi buruk orang ramai," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Iklan billboard syarikat itu tersebar luas di laman sosial.
BACA: Billboard guna gambar babi? Apa yang anda nampak?
#beruang #DBKL #khinzir #Mohd Amin Nordin Abdul Aziz
;