Dayang Topaz: Satu maut, 124 mangsa berjaya diselamatkan

Nailah Huda
Oktober 27, 2020 10:22 MYT
Seorang kru kapal meninggal dunia manakala 124 yang lain berjaya diselamatkan dalam satu insiden kecemasan di kapal platform Dayang Topaz di perairan Miri, pagi Selasa. -Foto APMM
MIRI: Seorang kru kapal meninggal dunia manakala 124 yang lain berjaya diselamatkan dalam satu insiden kecemasan di kapal platform Dayang Topaz di perairan Miri, pagi Selasa.
Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) menerima aduan kira-kira jam 6.45 pagi tadi daripada kapal Sapura Construction yang menerima isyarat kecemasan daripada kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.
Setakat jam 11 pagi, seramai 124 kru kapal yang terjun berjaya diselamatkan manakala 62 yang lain masih berada atas kapal, namun dalam keadaan terkawal, menurut Komander Suzanna Razali Chan, pemangku Pengarah Bahagian Carilamat & Bantuan Bencana APMM ketika dihubungi Astro AWANI.
Insiden itu bagaimanapun melibat kematian salah seorang kru kapal, kata Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Datuk Mohd Zubil Mat Som turut berkongsi menerusi Twitter.
"Dukacita dimaklumkan seorang mangsa ditemui meninggal dunia,” jelas Mohd Zubil.

MRCC Putrajaya terima panggilan kecemasan drpd Kapal Sapura Construction pd 6:45 pg td melaporkan kapal platform Dayang Topaz alami kecemasan di perairan Miri. MRCC Putrajaya aktifkan SAR. 125 kru tlh terjun laut manakala 62 lg masih atas kapal.@KDNPUTRAJAYA@MYCoastGuard pic.twitter.com/j2mvUE3gKb

— Mohd Zubil Mat Som (@KPMaritimMsia) October 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Secara keseluruhan, terdapat 187 kru kapal termasuk 185 kru warganegara Malaysia dan dua warganegara Indonesia.
Tambah Komander Suzanna, empat mangsa yang dilaporkan hilang sebelum ini telah berjaya ditemui.
Hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku disebabkan salah satu kabel sauh terputus ekoran cuaca buruk menyebabkan kapal hanyut dan melanggar platform pelantar minyak.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu melibatkan lapan buah kapal dari Petronas dan Shell, sebuah helikopter dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), sebuah pesawat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta sebuah pesawat dari National Search Coordination Centre Brunei.
Bagaimanapun operasi menyelamat berjaya dijalankan oleh bot-bot yang berada di lokasi.
Setakat jam 11 pagi tadi, pihak berkuasa dalam usaha untuk membawa masuk kesemua mangsa ke Jeti Pelabuhan Miri.
Sumber Facebook maritimmalaysia
#Dayang Topaz #kapal platform #MRCC #kecemasan kapal #Maritime Rescue Coordination Centre #MRCC Putrajaya #Mohd Zubil Mat Som #Bahagian Carilamat & Bantuan Bencana APMM
;