David Orok didakwa di bawah Akta Hasutan kerana hina Islam

Astro Awani
September 3, 2014 19:33 MYT
Seorang ahli politik pembangkang, hari ini, didakwa atas pertuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.
Seorang ahli politik pembangkang, hari ini, didakwa atas pertuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.
Menurut laporan The Star Online, David Orok mengaku tidak bersalah di atas tuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.
Orok dituduh atas dakwaan menyiarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad di laman Facebooknya pada Julai.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara tengah hari dan pukul 1.50 petang pada 4 Julai lalu di rumah tidak bernombor di Kg.Roun, Jalan Labuaya, Topokan di Tuaran.
Hakim Ummu Kalthom Abd Samad Orok, seorang ahli Parti Reformasi Negeri (STAR), membenarkan Orok diikat jamin sebanyak RM7,000 dan mengarahkannya menyerahkan paspot antarabangsanya serta melaporkan melaporkan diri ke Balai Polis Tuaran sekali seminggu sehingga tarikh perbicaraannya.
Orok yang tidak diwakili oleh mana-mana peguam, boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 dan tempoh penjara maksimum selama tiga tahun jika disabitkan kesalahan.
#akta hasutan #David Orok
;