Datuk Seri Wahid Omar sedia galas tugas besar
Astro Awani
Mei 18, 2013 15:47 MYT
Mei 18, 2013 15:47 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar sedia menggalas tanggungjawab sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau yang diberi tanggungjawab memimpin Unit Perancang Ekonomi, (EPU) yakin pengalaman menerajui tiga konglomerat swasta dapat diaplikasikan dalam pentadbiran awam.
Walaupun cabarannya berbeza, Abdul Wahid berjanji tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang menyertai Maybank pada 2008, merupakan salah seorang daripada tokoh teknokrat yang dipilih menyertai barisan kabinet pasca Pilihan Raya Umum ke-13.
Berita selanjutnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.