Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lepas peluang rakam 'selfie' bersama Usher

Syafique Shuib
Oktober 2, 2016 17:53 MYT
Usher kini berada di Malaysia untuk menjayakan persembahan 'F1 After-Race Concert'. - Sumber foto Facebook/Najib Razak
Kehadiran penyanyi antarabangsa Usher yang kini berada di tanahair turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana, pemimpin negara itu sempat merakam selfie bersama penyanyi R&B itu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena Grand Prix Formula 1 Petronas Malaysia 2016 yang berlangsung pada hari ini.
BACA: Daniel Ricciardo juarai Grand Prix F1 Malaysia 2016
Gambar itu dirakam petang tadi dan dikongsi di laman Facebook rasmi milik Najib.
“Selfie bersama Usher di F1 Petronas Grand Prix. Seorang yang peramah,” tulis Najib di Facebook.
Usher berada di negara ini untuk menjayakan sebuah persembahan 'F1 After-Race Concert'.
Sebelum ini, gambar Usher dan ibu bapa Yuna mula menjadi perbualan hangat di media sosial.
BACA: Pertemuan Usher dengan ibu bapa Yuna curi tumpuan
Yuna dan Usher pernah bekerjasama untuk Crush yang merupakan single pertama dari album antarabangsa ketiga Yuna, Chapters.
Perlawanan F1 telah berakhir dengan pemandu Red Bull Racing Daniel Ricciardo dari Australia membukitkan keunggulan selepas menjuarai Grand Prix F1 edisi ke-18 ini.
#Formula 1 #malaysia grand prix #Najib Tun Razak #Petronas #Usher #Yuna
;