Datuk Seri Ismail Bakar dilantik Ketua Setiausaha Negara berkuat kuasa esok
Astro Awani
Ogos 28, 2018 14:27 MYT
Ogos 28, 2018 14:27 MYT
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Ismail Bakar dilantik Ketua Setiausaha Negara berkuat kuasa yang baharu, berkuat kuasa esok.
Beliau bakal menggantikan Tan Sri Ali Hamsa yang kontraknya tamat esok.
Ismail sebelum ini memegang jawatan ketua setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sebelum dilantik sebagai ketua setiausaha perbendaharaan pada 12 Jun lalu.
Ali mengesahkan perkara itu di Twitter peribadinya hari ini dengan mengesahkan nota serah tugas diserahkan kepada Ismail sebagai KSN ke-14.
Pada 17 Ogos lalu, Ali mengumumkan persaraan beliau pada 29 Ogos ini, selepas memegang jawatan itu selama 6 tahun.
Ali, 63 tahun, dilantik sebagai ketua setiausaha negara pada 2012 dan merupakan penjawat awam tertinggi yang dikekalkan kerajaan baru selepas Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lalu.
#Ali Hamsa
#ismail bakar
#Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
#ketua setiausaha negara
#KSN