KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk Seri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM15 juta bagi mendapatkan projek milik agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) antara Jun dan Julai 2021.
Datuk Seri Sim Choo Thiam, 53, didakwa meminta suapan wang berjumlah RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad.
Ia sebagai dorongan untuk seorang pegawai badan awam, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang ketika itu Menteri Dalam Negeri, membantu Asia Coding Centre untuk mendapatkan apa-apa projek milik agensi-agensi di bawah KDN.
Sim juga berdepan tiga lagi pertuduhan menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang tunai berjumlah RM15 juta daripada individu sama (Hep) sebagai dorongan untuk Hamzah melakukan perkara serupa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Shaas Holdings dan di kawasan letak kereta di Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1 di sini antara Jun 2021 dan 30 Julai 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata jika mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, pendakwaan mencadangkan jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM Kuala Lumpur.
Peguam Low Wei Loke yang mewakili tertuduh tidak membantah syarat tambahan dan wang jaminan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan serta memberitahu mahkamah anak guamnya akan membayar wang jaminan itu hari ini.
Hakim Rozina Ayob membenarkan tertuduh diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin bagi keempat-empat pertuduhan berserta syarat tambahan dikemukakan pendakwaan selain tertuduh turut disenarai hitam dari ke luar negara kecuali dengan kebenaran mahkamah sehingga pelupusan kes.
Mahkamah menetapkan 14 Jun untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023
![Datuk Seri didakwa minta, terima rasuah RM15 juta dapatkan projek KDN Datuk Seri didakwa minta, terima rasuah RM15 juta dapatkan projek KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683694643_MahkamahKualaLumpu.jpg)
Datuk Seri Sim Choo Thiam, 53, didakwa meminta suapan wang berjumlah RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad. - Gambar hiasan
![Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716596370_KetuaPolisNegara.jpg)
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
![PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719285717_AhmadMaslan.jpg)
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
![Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723718306_tbPaetongtarnShinaw.jpg)
Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah
Parti Rakyat tidak akan menyokong pakatan pemerintah dalam pemilihan perdana menteri pada sesi parlimen Jumaat ini.
![Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722843505_BangladeshProtest.jpg)
Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini.
![Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723721338_TBChowKonYeow.jpg)
Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu
Misi pelaburan dan perdagangan InvestPenang ke AS berjaya mengeratkan hubungan dengan pelabur dari negara tersebut serta menyediakan peluang meneroka teknologi AI dan teknologi terkini.
![Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723731965_Afham.jpg)
Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis
Keluarga Muhammad Nidza Afham Mokhtar menyerahkan sepenuhnya urusan siasatan kematian Allahyarham kepada pihak berkuasa.
AWANI 7:45 [15/08/2024] – Nidza Afham selamat dikebumikan | Pembunuhan kejam | Sangkal dakwaan pengguna X | Srettha dilucut jawatan PM
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi langsung dari Johor Bahru;
- Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, punca masih tunggu siasatan makmal
- Pemain bola bawa kerambit masa gaduh rupa-rupanya senarai 'wanted' polis
- Produk Malaysia mendunia, kerajaan sasar tembusi pasaran antarabangsa
- Lebih 24 jam terkandas di Jeddah, jemaah umrah tuntut penjelasan Malaysia Airlines
- Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, punca masih tunggu siasatan makmal
- Pemain bola bawa kerambit masa gaduh rupa-rupanya senarai 'wanted' polis
- Produk Malaysia mendunia, kerajaan sasar tembusi pasaran antarabangsa
- Lebih 24 jam terkandas di Jeddah, jemaah umrah tuntut penjelasan Malaysia Airlines
AWANI Ringkas: Jenazah ibu MB Kedah selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenazah Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pemecatan Srettha sebagai PM Thailand mengejutkan - Pemerhati politik Pemecatan Srettha sebagai PM Thailand mengejutkan - Pemerhati politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723628910_TBSretthaThavisin.jpg)
Pemecatan Srettha sebagai PM Thailand mengejutkan - Pemerhati politik
Pertempuran antara ideologi parti rakyat dan parti-parti gabungan semasa akan menjadi semakin sengit.
![Perbicaraan kes rasuah anak Hamzah Zainudin akan didengar hakim baharu Perbicaraan kes rasuah anak Hamzah Zainudin akan didengar hakim baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723100874_FaisalHamzah.jpg)
Perbicaraan kes rasuah anak Hamzah Zainudin akan didengar hakim baharu
Perbicaraan kes seorang perunding bebas yang juga anak kepada Hamzah Zainudin yang berdepan pertuduhan rasuah akan didengar di hadapan hakim baharu.
![Lima ditahan kes rasuah kontrak pembersihan kapal tangki RM15.3 juta Lima ditahan kes rasuah kontrak pembersihan kapal tangki RM15.3 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722924157_SPRM.jpg)
Lima ditahan kes rasuah kontrak pembersihan kapal tangki RM15.3 juta
SPRM menahan reman lima lelaki kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah bagi mendapatkan kontrak pembersihan kapal tangki minyak berjumlah RM15.3 juta tiga tahun lalu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Julai 2024.
![Chegu Bard direman dua hari berhubung dakwaan kes rasuah TLDM Chegu Bard direman dua hari berhubung dakwaan kes rasuah TLDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722172027_CheguBard.jpg)
Chegu Bard direman dua hari berhubung dakwaan kes rasuah TLDM
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa yang mengesahkan penahanan itu berkata proses reman itu merupakan prosedur biasa bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.
![Peguam Bung Moktar sakit jantung, prosiding tangguh 9 Oktober Peguam Bung Moktar sakit jantung, prosiding tangguh 9 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722231005_PeguamBungMoktar.jpg)
Peguam Bung Moktar sakit jantung, prosiding tangguh 9 Oktober
Prosiding pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan Zizie Izette daripada pertuduhan rasuah ditangguhkan ke 9 Oktober depan.
![Che'gu Bard ditahan polis Che'gu Bard ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722167064_Chegubard.jpg)
Che'gu Bard ditahan polis
Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Ahad.
![AGC tolak representasi Guan Eng untuk gugur empat pertuduhan rasuah AGC tolak representasi Guan Eng untuk gugur empat pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721361791_LimGuanEng.jpg)
AGC tolak representasi Guan Eng untuk gugur empat pertuduhan rasuah
Representasi dikemukakan bekas Guan Eng untuk menggugurkan empat pertuduhan rasuah membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang ditolak Jabatan Peguam Negara (AGC).
![Anggota JPJ didakwa atas 40 pertuduhan rasuah tak periksa lori syarikat pengangkutan Anggota JPJ didakwa atas 40 pertuduhan rasuah tak periksa lori syarikat pengangkutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721283279_tbrasuahjpj.jpg)
Anggota JPJ didakwa atas 40 pertuduhan rasuah tak periksa lori syarikat pengangkutan
Seorang anggota JPJ tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas 40 pertuduhan gagal melaporkan pemberian rasuah RM42,100, antara 2016 hingga 2019.
![Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720162604_pegawai.jpg)
Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak
Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan seorang pegawai SPRM dan Datuk Roy untuk mengkaji semula pertuduhan rasuah.
![Dua anggota polis didakwa peras ugut, minta RM600 Dua anggota polis didakwa peras ugut, minta RM600](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719996767_TBCourtHammer.jpg)
Dua anggota polis didakwa peras ugut, minta RM600
Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di ini atas pertuduhan memeras ugut seorang lelaki dengan meminta wang RM600, tiga bulan lepas.