'Datuk Roy' ditahan, dihadap ke mahkamah pada Selasa
Hasimi Muhamad
Mac 13, 2023 23:05 MYT
Mac 13, 2023 23:05 MYT
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendapatkan perintah reman terhadap seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Datuk Roy' di mahkamah di sini pada Selasa pagi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan perkara tersebut.
Menurut Azam, Datuk Roy ditahan oleh SPRM pada tengah hari Isnin selepas hadir ke pejabat agensi berkenaan.
Pada Ahad, Astro AWANI melaporkan SPRM sedang mengesan Datuk Roy, yang dipercayai perancang utama dalam kes rasuah melibatkan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa)
Jelas SPRM, individu berkenaa sebelum ini pernah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah.