Datuk Pak Lah rujukan Tunku tentukan tarikh kemerdekaan

Astro Awani
Februari 8, 2014 21:20 MYT
-Gambar fail
Datuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Abdullah Fahim adalah tokoh yang menjadi rujukan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
Tun Abdullah berkata, Tunku Abdul Rahman akan berkunjung ke rumahnya setiap kali ke utara untuk mendapatkan pandangan mengenai usaha kemerdekaan negara.
Jelasnya, datuknya merupakan ahli agama dan kerjasama dengan Tunku yang disifatkan pejuang politik adalah ramuan terbaik untuk menjayakan sebuah negara merdeka.
Tambah beliau, tarikh kemerdekaan juga diberi datuknya yang mendalami ilmu Falak di Mekah.
Keakraban Abdullah Fahim dengan Tunku juga dilihat lebih daripada dua individu yang bersahabat baik, bukan saja bertumpu kepada perbincangan misi dan arah menuju pasca kemerdekaan yang harmoni.
Datuknya turut menasihati Tunku supaya bekerjasama dengan pemimpin kaum lain supaya penjajah British bersetuju memberi kemerdekaan.
Abdullah Fahim kembali ke rahmatullah pada 28 April 1961 sewaktu berusia 91 tahun.
#Abdullah Ahmad Badawi #Abdullah Fahim #Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
;