Datuk Mohamad Ariff Md Yusof Speaker Dewan Rakyat - Dr Mahathir

Bernama
Julai 15, 2018 10:14 MYT
Mohamad Ariff ialah bekas Hakim Mahkamah Rayuan. - Gambar fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi mengesahkan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.
"Kita telah memilih dan akan diumumkan segera beliau ialah seorang bekas hakim. Ya.. beliau ialah Datuk Mohamad Ariff Md Yusof," katanya ringkas kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu Dr Mahathir menghadiri taklimat tertutup pembangunan Sarawak yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg dan barisan Menteri-menteri Kabinet negeri.
--BERNAMA
#Dewan Rakyat #Mahathir Mohamad #Mohamad Ariff Md Yusof #Speaker #Yang Dipertua
;