Datuk K hadir di mahkamah, dijangka beri keterangan kes Zahid

Sinar Harian
Ogos 21, 2023 09:45 MYT
Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K (kiri) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.46 pagi Isnin. - Gambar SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR: Suami penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa hadir di Mahkamah Tinggi di sini pada jam 8.46 pagi Isnin.
Beliau dijangka memberi keterangan sebagai saksi pembelaan bagi pihak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Khalid yang lebih dikenali sebagai Datuk K, hadir dengan memakai kot berwarna hitam bersama seorang lagi individu.
Ahmad Zahid, 70, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. - Sinar Harian
#Datuk K #Khalid Jiwa #suami Siti Nurhaliza #kes rasuah Zahid Hamidi
;