Dua beranak maut manakala empat lagi cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Kilometer 40 Jalan Pekan/Nenasi-Rompin berhampiran Tanjung Batu, Pekan, dekat sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Amran Sidek berkata dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa yang maut ialah Mohd Yusop Awang, 75, dan cucunya Nur Hidayah Syazwana Ahmad Azhar, 19, dipercayai akibat kecederaan parah di kepala.
Mereka yang cedera ialah Siti Fazlina Mazlan, 27, dan anaknya, Muhammad Harraz Amsyar Muhammad Hasrul, 2, serta ibu bapanya Mazlan Yusoff, 49, dan Faridah Noh, 51.
Bagaimanapun, suami Siti Fazlina, Muhammad Hasrul Harun, 27, dan anak bongsu mereka Muhammad Hafiy, 8 bulan, yang dipangku ibunya tidak cedera.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda Civic dipandu Mohd Yusop dari arah Rompin ke Pekan cuba memotong kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan kereta Proton Saga yang dinaiki Muhammad Hasrul sekeluarga dari arah bertentangan.
"Pertembungan itu menyebabkan kereta Honda Civic rosak teruk pada bahagian hadapan manakala kereta Proton Saga remuk pada keseluruhan bahagian," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Amran menambah mereka yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Sampel darah kedua-dua pemandu telah diambil untuk ujian toksinkologi dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 15 2017
Datuk, cucu maut dalam kemalangan di Kilometer 40 Jalan Pekan/Nenasi-Rompin berhampiran Tanjung Batu, Pekan, dekat sini, pada Jumaat.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Warga emas maut nahas lapan kenderaan dalam perjalanan hantar cucu ke IPT
Kemalangan yang berlaku kira-kira 4.20 pagi itu menyebabkan kesesakan teruk lebih tujuh jam selepas laluan ditutup sepenuhnya.
Rosmah dibenar dapatkan sementara pasport lawat cucu sakit
Datin Seri Rosmah Mansor dibenarkan mendapatkan sementara pasport, bagi melawat cucunya yang sakit di Singapura.
Krisdayanti timang cucu pertama
Berita gembira itu turut dimuat naik Krisdayanti di Instagramnya dengan gambar jari jemari comel cucunya yang dipanggil Baby A.
Nenek, cucu terselamat dalam kebakaran rumah
nenek berusia 60 tahun bersama cucunya tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Perana, Jalan Padang Mat Sirat.
Anak selamat bersalin di Singapura, Najib dapat cucu lelaki
Najib memaklumkan anak perempuannya, Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura selamat bersalin pada pagi Isnin.
'Teruja tunggu anak cucu pulang, tetapi tetap bimbang'
Sejak perlaksanaan PKP tahun lalu, dia tidak dapat berjumpa dengan empat anak dan empat cucunya.
Ibu Jamaludin Jarjis dibenar masukkan 3 juta saham dalam senarai harta pusaka
Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan sebahagian tuntutan Aminah Abdullah dan mengarahkan kedua-dua defendan membayar kos RM80,000 kepada nenek mereka.
'Gerobok Rezeki Opah Minah', sedekah barang keperluan kepada penduduk kampung
Membantu mereka yang memerlukan dengan menyediakan keperluan asas sekali gus meringankan beban sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
COVID-19: Warga emas pilih ambil vaksin untuk ubati kerinduan pada anak, cucu
Suntikan itu mungkin akan menjadi satu keperluan untuk merentas negeri, sekali gus membolehkannya bertemu empat anak dan cucu yang menetap di Perak dan Selangor yang sudah setahun dia tidak berjumpa.
Aktiviti melukis bersama cucu bawa tuah, kini jadi lubuk rezeki seorang nenek
Tidak sangka, aktiviti yang diluangkan bersama cucu untuk mengisi masa lapang sepanjang tempoh PKP memberi pulangan membanggakan.