Datuk cabul cucu dijel 30 tahun, 10 sebatan
Sinar Harian
Oktober 5, 2018 18:34 MYT
Oktober 5, 2018 18:34 MYT
Nasib seorang anak yatim piatu yang dicabul datuknya terbela apabila Mahkamah Sesyen Klang hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan terhadap lelaki berusia 67 tahun berkenaan.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim, M Kunasundary selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Warga emas itu didapati bersalah dengan sengaja menyentuh secara seksual dengan menindih mangsa yang berusia 17 tahun di sebuah rumah di Sekinchan, Kuala Selangor, jam 7 pagi pada Julai 2017.
Dia juga didapati bersalah terhadap pertuduhan kedua dengan melakukan perbuatan sama terhadap mangsa pada 5 Ogos 2017.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Zahidah Abdullah mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Seramai enam saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang prosiding berlangsung.
#anak yatim piatu
#Hafizah Zahidah Abdullah
#hukuman penjara
#Kuala Selangor
#Kunasundary
#Mahkamah Sesyen Klang
#menindih mangsa
#sebatan
#Sekinchan
#sengaja menyentuh secara seksual