Datuk Bandar Ipoh terima gelaran tertinggi Medan
Astro Awani
Disember 26, 2013 09:44 MYT
Disember 26, 2013 09:44 MYT
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim yang akan bersara pada 2 Januari depan telah dianugerahkan gelaran Warga Kehormatan Kota Medan oleh pemerintahan wali kota Medan, Sumatera Utara.
Penganugerahan itu sebagai menghargai usaha dan komitmen beliau yang sentiasa menggalakkan jalinan kerjasama antara bandaraya Ipoh dan Medan terutama dalam bidang perniagaan, pelancongan dan budaya sepanjang lima tahun menjadi Datuk Bandar.