Datuk Awalan kekal Presiden MDPM untuk 2021-2023

Astro Awani
November 7, 2021 12:00 MYT
Majlis Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM) sepakat untuk mengekalkan Datuk Awalan Abdul Aziz (gambar) sebagai Presiden MDPM untuk sesi 2021-2023. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Majlis Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM) sepakat untuk mengekalkan Datuk Awalan Abdul Aziz sebagai Presiden MDPM untuk sesi 2021-2023.
Keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Agung Ke-18 MDPM pada Sabtu dan dalam mesyuarat tersebut, Tan Sri Alex Ooi pula dipilih sebagai Timbalan Presiden.
Menerusi satu kenyataan pada Ahad, MDPM turut melantik Pengarah Eksekutif Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim sebagai Naib Presiden 1 dan Datuk Abdul Razak Dawood sebagai Naib Presiden 2.
“MDPM telah berjaya memperjuangkan banyak perkara antaranya perlaksanaan Akta 787 2017 (Kesalahan yang Berhubung dengan Anugerah) berkaitan dengan individu meminta atau menjual anugerah palsu yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
“Antara program lain pula adalah seperti “Understanding Loyalti and Patriotism to King and Country from History and Culture of Malay Sultans and Their Citizen”, insentif PEMULIH : Menyokong Kelangsungan Perniagaan Bersama PERKESO, “National Recovery Plan: ( from Health Perspective) Are We on the Right Track” dan banyak lagi.
“Diharapkan lantikan sesi ini bakal menerajui MDPM dengan mempergiatkan lagi usaha-usaha melalui program-program kemasyarakatan dan patriotisme kenegaraan di kalangan ahli,” menurut kenyataan tersebut.
Berikut merupakan senarai lantikan yang diputuskan pada mesyuarat tersebut:
Presiden
Datuk Awalan Abdul Aziz
Timbalan Presiden
Tan Sri Datuk Alex Ooi
Naib Presiden
1. Datuk Irmohizam Ibrahim
2. Datuk Razak Dawood
Setiausaha Agung
Datuk Josephine
Bendahari Agung
Datuk Alvin Tee
Exco
1. Datuk TH Chua
2. Datuk Michael Chong
3. Datuk Sam Maman
4. Datuk Michael Kang
5. Datuk Ahmed Tasir
Audit Dalaman
1. Datuk Ashfar Ali
2. Datuk Bill Tan
#Majlis Datuk Persekutuan Malaysia #MDPM #lantikan #Datuk Awalan Abdul Aziz