Data COVID-19 perlu tepat, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM
Astro Awani
April 20, 2021 18:43 MYT
April 20, 2021 18:43 MYT
KUALA LUMPUR: Setiap negara perlu memastikan semua data seharian COVID-19 dan data klinikal kes COVID-19 adalah tepat dan sahih.
Oleh itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, sistem pengurusan data yang digunakan perlulah telus dan mempunyai integriti.
Selain itu, berikut lima perkara penting kenyataan media Dr Noor Hisham pada Selasa;
1) Sebanyak 2,341 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 379,473 kes.
2) Sarawak mencatat angka tertinggi dengan 600 kes jangkitan.
3) Sebanyak 1,592 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 356,816 kes.
4) Keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 21,268.
5) Negara mencatatkan tambahan tiga kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,389.