Dasar TVET Negara 2030: 5 teras selaras program TVET

Kenyataan Media
Jun 8, 2024 13:40 MYT
Dasar TVET Negara 2030 bertujuan untuk menyelaraskan program TVET di Malaysia dengan dasar dan akta sedia ada. - Gambar hiasan
DASAR TVET Negara 2030 adalah usaha menyelaras pelaksanaan program TVET di Malaysia.

Ringkasan AI
  • Dasar TVET Negara 2030 bertujuan untuk menyelaraskan program TVET di Malaysia dengan dasar dan akta sedia ada.
  • Lima teras strategik dalam Dasar TVET Negara 2030 bertujuan untuk merealisasikan visi, misi, dan objektif pelaksanaan program TVET negara.
  • Teras-tersas tersebut merangkumi strategi-strategi seperti tadbir urus komprehensif, kualiti pendidikan bertaraf dunia, kerjasama industri, pembiayaan mampan, dan pembinaan persepsi positif terhadap TVET sebagai pilihan kerjaya.

Mengambil kira dasar sedia ada yang berkaitan seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Tinggi Nasional serta Akta-akta sedia seperti Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) dan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 679).
Dasar TVET Negara 2030 mengandungi lima teras strategik bagi merealisasikan visi, misi dan objektif pelaksanaan program TVET negara.
Setiap teras yang digariskan ini menjadi asas panduan pelaksanaan Dasar TVET Negara 2030 oleh semua pemegang taruh terlibat. Lima teras berserta 23 strategi yang menyokong perlaksanaan Dasar TVET Negara 2030 ini adalah seperti berikut:
Teras A: Tadbir Urus Komprehensif dan Bersinergi
Persamaan, jurang dan ketidakselarasan antara Kementerian berkaitan TVET perlu diharmoni dan ditangani bagi menambah baik ekosistem TVET. Koordinasi yang baik adalah diperlukan agar hala tuju, strategi dan inisiatif pemantapan TVET dapat dilaksanakan dengan bersepadu dan berkesan. Model tadbir urus yang kukuh diperlukan untuk mengemudi ekosistem TVET dengan lebih berkesan sejajar dengan aspirasi pembangunan modal insan secara holistik.
Strategi:
Teras B: Kualiti dan Laluan Pendidikan Bertaraf Dunia
Laluan pendidikan yang fleksibel dilihat mampu menyokong aspirasi pembelajaran sepanjang hayat sekali gus memenuhi keperluan ekonomi dan perubahan teknologi yang pesat. Bagi menghasilkan graduan TVET yang berkualiti, langkah strategik perlu diambil untuk memastikan peningkatan kebolehpasaran graduan melalui penambahan kompetensi tertentu yang boleh memberi kelebihan dan berdaya saing. Kurikulum berfokuskan industri menekankan keseimbangan pengetahuan teknikal dan kemahiran insaniah berpaksikan kepada kaedah penyampaian moden.
Strategi:
Teras C: Kerjasama Industri Cekap dan Produktif
Lanskap TVET secara keseluruhan perlu responsif terhadap pasaran pekerjaan. Justeru, penglibatan langsung industri dalam pelaksanaan program TVET turut menjadi keutamaan Kerajaan dalam usaha mengatasi isu ketidakpadanan (mismatch). Hubungan erat di antara sektor awam dan swasta membolehkan penyaluran maklumat yang berkesan seterusnya menjadikan industri sebagai rakan strategik dalam melahirkan bakat dan kemahiran yang signifikan dengan kehendak pasaran.
Strategi:
Teras D: Pembiayaan TVET Mampan
Pembiayaan merupakan salah satu tunjang utama dalam memastikan kelancaran operasi pelaksanaan TVET. Pelaksanaan program TVET memperuntukkan perbelanjaan tinggi dalam penyediaan infrastruktur dan keperluan latihan termasuklah bagi peningkatan kemahiran tenaga pengajar. Oleh itu, model pembiayaan yang optimum perlu diperhalusi bagi memastikan kelestarian peruntukan dana TVET. Pelbagai sumber dana alternatif perlu diteroka dan dimaanfaatkan seterusnya membolehkan peruntukan dana TVET dilaksanakan secara telus dan holistik bagi mewujudkan budaya dipacu prestasi.
Strategi:
Teras E: TVET Pilihan Utama Kerjaya
Keterlihatan dan persepsi positif dilihat mampu memacu minat dan penerimaan masyarakat terhadap bidang TVET. Persepsi dan stigma negatif bidang TVET yang sering disalah erti sebagai pilihan kedua telah berjaya ditangkis yang mana graduan TVET kian mendapat perhatian daripada majikan. Peluang dan prospek kerjaya TVET perlu diberi penekanan bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman jelas kepada masyarakat.
Strategi:
#dasar tvet negara #5 teras utama #strategi #Kerajaan Madani
;