Dasar memakmurkan negara jiran
Astro Awani
Februari 20, 2013 14:06 MYT
Februari 20, 2013 14:06 MYT
Negara-negara Asean perlu mencontohi dasar memakmurkan negara jiran seperti yang diamalkan Malaysia bagi mempercepat pertumbuhan ekonomi.
Penganalisis politik Shamsul Akmar berpendapat dasar luar antara negara Asean juga tidak akan terjejas sekiranya berlaku pergeseran politik.
Ini kerana jelasnya pendekatan itu akan mengukuhkan hubungan Asean atas dasar kepentingan dagangan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura sempena sesi pemukiman pemimpin Malaysia-Singapura ke 4, semalam.