KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menolak permohonan seorang peguam untuk merujuk persoalan Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan berhubung kuasa Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat.
Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali berkata mahkamah menolak permohonan itu antaranya atas alasan Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar tidak memenuhi syarat undang-undang untuk berbuat demikian (merujuk persoalan Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan).
"Mahkamah kemudian menetapkan 23 Jun ini untuk pengurusan kes," katanya ketika dihubungi selepas prosiding di hadapan Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Saleh yang berlangsung secara sidang video.
Persoalan itu ialah sama ada Akta A514 yang meminda Perkara 150 dengan menambah Fasal (8) dan (9) melanggar Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, adalah terbatal serta tidak sah.
Pada November 2020, Syed Iskandar memfailkan saman pemula terhadap Kerajaan Malaysia dan antara lain memohon mahkamah memutuskan sama ada berdasarkan Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun Perdana Menteri atau Kabinet menasihatkan sebaliknya.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, tiga peguam dan lima pihak lain selepas permohonan mereka untuk menjadi pencelah dibenarkan oleh mahkamah.
Plaintif juga memohon mahkamah memutuskan sama ada Akta A514 yang meminda Perkara 150 dengan menambah Fasal (8) dan (9) melanggar Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, adalah terbatal serta tidak sah.
Pada 25 Okt 2020, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini selepas mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar serta tindakan penguatkuasaan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022
Mahkamah kemudian menetapkan 23 Jun ini untuk pengurusan kes. - Foto fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin dalam kes rasuah, keluarkan perintah pembebasannya
Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin dan mengeluarkan perintah pembebasannya.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Dagangan saham Sarawak Cable digantung mulai 18 Nov sementara tunggu keputusan mahkamah
Penggantungan itu akan ditarik balik jika mahkamah tidak memberikan perintah pengurusan kehakiman pada perbicaraan pada 20 November ini.
Polis bunuh pelajar: Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan HRPB Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan CPR diberikan kepada mangsa berkenaan.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Pegawai polis langgar pelajar: Pasukan pembelaan baharu, bicara ditangguh
Peguam M Athimulan dalam permohonannya berkata, mereka secara rasmi mewakili tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, mulai pagi ini.
Kronologi kes 1MDB dihadapi Najib
Najib didakwa melakukan kesalahan itu ketika menjawat jawatan selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Kesihatan Tun M semakin baik namun masih perlu pemantauan doktor
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini dilaporkan semakin baik.