KUCHING: Pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri mengenai istilah gelaran Ketua Menteri Sarawak kepada Premier berkuat kuasa hari ini.
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion, berkuat kuasa hari ini, Ketua Menteri Sarawak perlu menggunakan istilah Premier Sarawak.
Katanya, istilah timbalan ketua menteri juga dirujuk sebagai Timbalan Premier manakala menteri muda akan digunakan sebagai Timbalan Menteri berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
“Pejabat Ketua Menteri akan dirujuk dalam bahasa Inggeris sebagai Office of the Premier of Sarawak dan dalam bahasa Malaysia sebagai Pejabat Premier Sarawak,” jelasnya.
BACA: DUN Sarawak luluskan RUU gantikan Ketua Menteri kepada 'Premier'
BACA: 'Tunggu diwarta, baru boleh guna Premier ganti Ketua Menteri Sarawak' - Abdul Karim
Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 15 Februari 2022 telah meluluskan beberapa pindaan kepada Perlembagaan Negeri Sarawak yang melibatkan penukaran istilah ketua menteri kepada Premier.
Dalam sesi undian selepas bacaan kali kedua oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah pada 15 Februari lalu, 67 ADUN menyokong pindaan tersebut manakala enam Ahli Dewan Biasa tidak bersetuju.
Turut dipinda di bawah RUU berkenaan adalah Perkara 7A bagi menggantikan jawatan Menteri Muda kepada Timbalan Menteri.
Terdahulu pindaan untuk dicadangkan menamakan semula terma Ketua Menteri kepada ‘Premier’ bagi menghormati Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 Akta A1642 yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa 11 Februari lalu.
Pindaan Akta A1642 itu juga merangkumi pindaan Perkara 1(2), 161A (6) dan (7) Perlembagaan Persekutuan yang juga selaras dengan semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di mana Sarawak bersetuju untuk membentuk Malaysia antara Persekutuan Malaya, dan Sabah.
Fadilah Sulaiman
Tue Mar 01 2022
Datuk Amar Jaul Samion, berkuat kuasa hari ini, Ketua Menteri Sarawak perlu menggunakan istilah Premier Sarawak.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Abang Johari umum inisiatif SKAS untuk rakyat Sarawak, wang saku pelajar
Premier Sarawak mengumumkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), satu inisiatif baharu bantuan kewangan bertujuan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
Pengambilalihan MASwings dimuktamadkan tidak lama lagi - Abang Jo
Proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan Sarawak akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
Perspektif peribumi penting untuk gerakan kelestarian - Premier Sarawak
Pengetahuan dan perspektif masyarakat peribumi adalah penting kepada mana-mana gerakan kelestarian, kata Abang Johari.
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak tumpuan pelbagai kaum
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.
Perlekeh Premier Sarawak, polis rakam kenyataan Bozz Jebat
Polis berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Abang Johari tidak tolak kemungkinan Sarawak akan ambil alih sebuah bank perdagangan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan mengambil alih sebuah bank perdagangan di negara ini.
Premier Sarawak bentang bajet terbesar negeri berjumlah RM12.3 bilion
Kerajaan Sarawak pada Isnin mengumumkan bajet terbesar dalam sejarah negeri itu, dengan nilainya mencecah RM12.3 bilion.
SAREF 3.0: Sarawak berperanan besar majukan sektor peralihan tenaga serantau
Kerjasama antara wilayah itu adalah penting bagi bergerak ke arah masa depan tenaga yang lebih mapan terutama di sektor Asia Tenggara.
Isteri halang saya naiki pesawat ujian SAF - Abang Johari
Abang Johari berkata isterinya berusaha memujuk agar beliau tidak meneruskan hasrat untuk mengikuti penerbangan ujian pesawat Airbus itu.