Daripada 45kg, kini 19kg: Arif derita kanser tisu rayu bantuan

Astro Awani
Disember 28, 2017 13:20 MYT
Gejala yang dialami Arif semakin kritikal apabila ketumbuhan itu membesar sekaligus menolak bebola mata kiri anak sulung daripada empat beradik ini. - Foto FACEBOOK / Khairul Azar Omar
Pening dan kabur penglihatan. Itu gejala awal kepada derita yang ditanggung Arif Mohd Nor Hafis, 9 tahun yang menghidap kanser tisu berpunca daripada ketumbuhan di kepalanya.
Bermula awal 2017, gejala yang dialami Arif semakin kritikal apabila ketumbuhan itu membesar sekaligus menolak bebola mata kiri anak sulung daripada empat beradik ini.
Kisah Arif tular di media sosial apabila perkongsian Khairul Azar Omar di laman Facebooknya, mendapat lebih 20,000 perkongsian sejak dimuat naik tengah hari tadi.
"Beliau seorang yang periang, aktif bersukan dan gemar bermain dram. Beratnya 45kg. Kini berat Adik Arif hanya tinggal 19kg," memetik status tersebut.
Jelasnya, sejak tahap kesihatan Arif semakin meruncing, dia tidak mampu menjamah makanan sebaliknya bergantung kepada susu.
Difahamkan, selain menerima bantuan Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan, keluarga itu turut menerima bantuan daripada Zakat Selangor yang membayar sewa bulanan kediaman mereka di Klang, Selangor.
Malah, Mohd Norhafis terpaksa membuat keputusan yang sukar bagi dirinya apabila terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori lantaran perlu memberi perhatian khusus kepada Arif.
Sebarang sumbangan atau bantuan kewangan boleh disalurkan kepada akaun tertera:
Bank: Maybank
No. Akaun: 1628 4306 6209
Nama: Mohd Nor Hafis Abd Aziz
Bank: CIMB Bank
No. Akaun: 7063 3635 84
Nama: Mohd Nor Hafis Abd A
#Arif #bantuan kewangan #derita kanser #kanser tisu #kesihatan #ketumbuhan kepala #rayu bantuan