Dari 'makcik bawang' boleh jadi 'makcik pedang samurai' - Pakar psikologi

Wan Syamsul Amly
Februari 12, 2018 10:54 MYT
DR ROHATY: Kejadian mungkin disebabkan ibu bapa berkenaan yang sudah lama tidak berpuas hati dengan jirannya. - ukm.academia.edu
Perasaan iri hati kepada jiran mungkin menjadi penyebab kepada beberapa insiden pergaduhan atau perselisihan yang berisiko kepada pertumpahan darah menggunakan senjata seperti pedang samurai dan sebagainya.
Pakar Psikologi, Prof Puan Sri Dr Rohaty Mohd Majzub berkata, ia sekali gus menunjukkan kelemahan semangat kejiranan dan sebarang unsur ugutan menunjukkan tahap keselamatan rendah di kediaman berkenaan.
Tegasnya, penyelesaian konstruktif perlu dicari selain mengenal pasti punca sebenar sesuatu perkara berlaku.
"Kejadian mungkin disebabkan ibu bapa berkenaan yang sudah lama tidak berpuas hati dengan jirannya. Jiran itu mungkin ada televisyen lebih besar atau isu lebih besar yang dipendam sekian lama.
"Perbalahan antara jiran kini ada juga berpunca berlainan parti politik. Masalah antara anak-anak ini mungkin kecil tetapi dibesarkan oleh sikap ibu bapa. Dalam hal 'makcik samurai' ini jangan masalah membawa kepada kes kematian.
"Sekarang ini banyak ahli kejiranan suka bergosip serta mengumpat dan dikenali sebagai 'makcik bawang'. Perbuatan ini seumpama mengadu domba yang boleh menghancurkan keharmonian kejiranan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Anak-anak bergaduh, ibu keluarkan pedang samurai
Dr Rohaty mengulas insiden ibu bapa yang masuk campur dalam pergaduhan anak-anak di Dungun, Terengganu sehingga sebilah pedang samurai dikeluarkan.
Dilaporkan, asalnya, ia berpunca daripada pertengkaran mulut sebelum kemudiannya, berlarutan sehingga kemuncaknya pedang samurai dikeluarkan.
Dalam pada itu kata Dr Rohaty, semangat jawatankuasa kejiranan seharusnya dipertkuatkan kembali dengan mengadakan pertemuan dan perbincangan isu penduduk.
"Selain itu makcik-makcik ini juga harus balik kepada hadis dan sunnah serta mengetahui hasad dengki dan mengumpat ini sesuatu yang mengaibkan.
"Penggunaan senjata seperti samurai ini tidak menyelesai masalah, jika ada kematian pasti ia akan menjadi isu yang lebih memudaratkan," jelasnya.
Sementara itu, di laman Twitter, netizen menyifatkan tindakan 'makcik samurai' adalah keterlaluan dan mungkin membawa kepada akibat dipenjarakan.

Gangster betul makcik ni... siap bawak keluar pedang samurai plak. Budak2 bergaduh sampai mak bapak masuk campur??https://t.co/CBVbqNWR2G

— Kezoom (@OfficialKezoom) February 11, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Hari ni ja dah 3 jenis movie jiran gaduh aku tengok. 1. Jiran ku makcik the last samurai 2. Jiran ku chef hidung sensetif 3. Jiran ku auntie pelontar pasu pic.twitter.com/3LfkGqT5FP

— Temenggong Alap Alap (@JayZuldkarnain) February 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Makcik Samurai teringin tidoq dalam hotel besi ka? https://t.co/ViP82BXcPA

— Suka Suki Suku (@SukaSukiSuku3S) February 10, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah memaklumkan satu laporan polis telah dibuat mengenainya.
Malah senjata yang digunakan dalam pergaduhan berbau ugutan itu juga turut dirampas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM2,000.
#Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya #makcik bawang #Samurai
;