Dari budak nasi lemak kepada jaguh dunia, kisah inspirasi Ridzuan Puzi viral

Kohilah Sekaran
Ogos 13, 2017 07:00 MYT
Viral di media sosial baru-baru ini kisah inspirasi atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi. - Gambar fail
VIRAL di media sosial baru-baru ini kisah inspirasi atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi.
Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Wahyu Ilahi menceritakan bagaimana Ridzuan yang bekerja di sebuah gerai nasi lemak menjadi seorang jaguh dunia acara T36.
Menurut Wahyu, bakat Ridzuan atau lebih mesra digelar sebagai Dek Wan digilap oleh jurulatih Affizam Amdan, 46, seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis.
“Encik Affizam merupakan seorang yang rendah diri, menunduk seperti padi berisi, yang telah menggilap jaguhan kampung Perlis,” kata Wahyu, dipercayai kenalan rapat Ridzuan.
Difahamkan, Ridzuan pada mulanya dihantar untuk menjalani latihan kemahiran asas perabot di Bengkel Batu Murni, Batu Bertangkup, Cuping, Perlis oleh ayahnya.

Bakat Dek Wan(Ridzuan Puzi digilap oleh Encik Affizam bin Amdan, 46, seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. pic.twitter.com/UiatHuh8DK

— Wahyu Ilahi (@WahyuYordan) August 11, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Oleh itu, selama dua tahun, Affizam terpaksa mengambil Ridzuan di bengkel dan membawa dia ke stadium untuk berlatih dan menghantarnya pulang ke rumah.
Bakatnya mula menyerlah selepas menyertai Kejohanan Sukan peringkat zon, juga di Kejohanan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU).
“Begitulah rutin Dek Wan, sebagai budak gerai nasi lemak, sambil terus mengejar impian menjadi jaguh balapan.
“Di situ juga, Dek Wan dan kawan-kawan OKU yang lain bekerja, dengan gaji RM15 sehari menjual nasi lemak, jual burger, mencuci pinggan,” tulis Wahyu.
Mengenang memori yang istimewa, Wahyu berkata seorang lelaki Cina, Chuah Heng Oon, 57 juga salah seorang yang penting dalam karier kejayaan Dek Wan.

Selama 2 tahun, Encik Affizam jemput Dek Wan di bengkel di Batu Bertangkup bawa ke untuk stadium, berlatih, dan menghantar pulang ke rumah.

— Wahyu Ilahi (@WahyuYordan) August 11, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Begitulah rutin Dek Wan, sebagai budak gerai nasi lemak, sambil terus mengejar impian menjadi jaguh balapan. #KamiLuarBiasa pic.twitter.com/QSUzvEhHOH

— Wahyu Ilahi (@WahyuYordan) August 11, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Di situ juga, Dek Wan dan kawan2 OKU yang lain bekerja, dengan gaji RM15 sehari menjual nasi lemak, jual burger, mencuci pinggan. pic.twitter.com/t3Cgvv8Hrf

— Wahyu Ilahi (@WahyuYordan) August 11, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hal ini kerana, pada tahun 2008, Heng Oon membelikan Ridzuan sepasang kasut sukan yang baharu kerana kasut yang dimilikinya sudah buruk dan rosak.
Pada masa itu, Ridzuan sedang dilatih untuk Kejohanan Sukan Para ASEAN 2009.
Menurut Wahyu, selepas Ridzuan balik dari Kejohanan Paralimpik di Rio de Janeiro, dia pulang ke kampung untuk bertemu Heng Oon.

Esoknya, coach pergi tempat kerja lelaki Cina tu. Benar seperti yang dijanji, sepasang kasut sukan Asics yang cantik dan mahal untuk Dek Wan pic.twitter.com/EZCM3VA01s

— Wahyu Ilahi (@WahyuYordan) August 12, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pulang dari Kejohanan Paralimpik di Rio de Janeiro, Dek Wan pulang ke kampung, dan ditemukan kembali dengan Heng Oon #KamiLuarBiasa pic.twitter.com/TixM7pGguV

— Wahyu Ilahi (@WahyuYordan) August 12, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Wahyu turut mengambil kesempatan untuk menghargai jasa jurulatih terkini Ridzuan, R.Jeganathan.
"Sekarang, Dek Wan di bawah jagaan jurulatih R. Jeganathan. Individu yang bertanggungjawab memastikan emas diraih di Rio 2016," tulis lagi netizen itu.
"Terima kasih jurulatih Affizam, terima kasih jurulatih Jeganathan. Terima kasih uncle Heng Oon. Terima Kasih rakyat Malaysia yang memberi sokongan.

Terima kasih coach Affizam, terima kasih coach Jeganathan. Terima kasih Uncle Heng Oon. Terima Kasih rakyat Malaysia! Yang memberi sokongan pic.twitter.com/ObpCHZAHLk

— Wahyu Ilahi (@WahyuYordan) August 12, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Dek Wan tak pernah pergi sekolah, membaca dan menulis tak pandai. Menulis nama sendiri pun tak lepas. Tapi semangat dia besar. Sangat besar!
"Dia mungkin dilahirkan tidak sempurna dan ada kekurangan. Tapi ingat, kekurangan itu bukan penghalang untuk kita berjaya," tulis Wahyu.

Siapa sangka, seorang penghidap Cerebral Palsy mampu menggegar dunia dan melakar nama negara megah ke puncak dunia. Terima Kasih Dek Wan pic.twitter.com/Al7W22XeH3

— Wahyu Ilahi (@WahyuYordan) August 12, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ASEAN #atlet #jurulatih #media sosial #Paralimpik #Ridzuan Mohamad Puzi #viral
;