DAP mengecam sekeras-kerasnya tindakan Knesset (Parlimen) Israel meluluskan undang-undang negara Yahudi yang bersifat zalim, tidak adil dan demokratik sama sekali, kata setiausaha agungnya, Lim Guan Eng.
Beliau berkata undang-undang terbaru tersebut menjunjung konsep ketuanan Yahudi dan menindas hak-hak minoriti terutamanya bangsa Arab.
"Identiti penduduk Arab termasuk bahasa mereka telah diketepikan dan dinafikan melalui proses perundangan yang bersifat perkauman. Bahasa Arab yang sebelum ini diiktiraf oleh undang-undang sebagai bahasa rasmi kini telah diturunkan taraf.
"Kaum minoriti yang selama ini telahpun dilayan sebagai rakyat kelas kedua kini akan terus dipinggirkan dengan lebih teruk lagi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, media antarabangsa melaporkan Knesset meluluskan rang undang-undang kontroversi yang mentakrifkan negara itu sebagai negara Yahudi secara eksklusif.
Ia diluluskan selepas sesi tegang di Parlimen yang berlangsung selama lebih lapan jam menyaksikan 62 menyokong manakala 55 menolak.
Lim, yang juga Menteri Kewangan, berkata undang-undang tersebut secara unilateral mengisytiharkan "seluruh kota Baitulmuqqadis" sebagai ibu kota negara Israel.
Tindakan itu, katanya, bukan sahaja bercanggah dengan segala konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa yang mengiktiraf negara Palestin, malah melanggar prinsip keamanan dan kemanusiaan dalam mengembalikan kestabilan di rantau tersebut.
"DAP yang selama ini berpegang kepada prinsip kebebasan, kesaksamaan dan persaudaraan akan tetap menentang segala bentuk kezaliman dan perkauman tidak kira di Malaysia atau di mana-mana sahaja di dunia," katanya.
Justeru, beliau menyeru masyarakat antarabangsa untuk bersatu memberi tekanan kepada Israel supaya memansuhkan undang-undang zalim dan bersifat perkauman tersebut serta memberi layanan yang saksama kepada kaum minoriti di negara itu.
Bernama
Sat Jul 21 2018
Lim Guan Eng sifatkan undang-undang negara Yahudi yang diluluskan Parlimen Israel menindas hak bangsa Arab - Foto Astro AWANI
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Fatah tuntut tindakan segera Arab, antarabangsa hentikan genosid di Gaza
Dula turut menggesa pihak-pihak terbabit untuk mengambil tindakan segera dengan menghukum penjenayah pendudukan.
Palestin puji sokongan China-Arab untuk gencatan senjata, keahlian PBB
Palestin memuji kenyataan bersama China-Arab yang dikeluarkan pada Persidangan Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara Arab di Beijing pada Khamis.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawatan kerja PM Anwar ke Turkiye dan Mesir bincang isu Palestin - Wisma Putra
Semasa lawatan tersebut, Perdana Menteri akan diiringi oleh Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Menteri Luar Negeri dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan.
Pencalonan bagi Anugerah Raja Faisal bermula
Proses pencalonan bagi Anugerah Raja Faisal 2025 dibuka secara rasmi pada Jumaat bagi lima kategori iaitu Jasa kepada Islam, Pengajian Islam, Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Perubatan dan Sains.
SIBF 2021 bermula, alu-alukan ketibaan penerbit, pengkarya dari seluruh dunia
Pesta buku ketiga terbesar di dunia itu berlangsung sehingga 13 Nov ini.
Bawa kes penggunaan kalimah-kalimah Islam ke peringkat Mahkamah Rayuan - Muafakat Nasional
Kerajaan Persekutuan perlu pastikan kes tersebut perlu dibawa sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan, kata Muafakat Nasional.
Saluran YouTube bahasa Arab 'Omar & Hana' cecah lebih 100,000 langganan
Saluran YouTube Arab siri animasi popular 'Omar & Hana', berjaya merekodkan lebih 100,000 langganan dalam enam bulan sejak pelancarannya.
LPP cadang tarik pelaburan RM800 juta dari negara-negara Arab
Rundingan mengenainya telahpun bermula Selasa lepas bersama wakil Raja Bahrain.