Dana RM120 juta untuk krisis air terawat

Astro Awani
Februari 16, 2013 08:46 MYT
Rakyat negeri Selangor bersyukur dengan dana RM120 juta yang dihulurkan kerajaan persekutuan bagi membantu menyelesaikan krisis air terawat yang semakin kritikal di negeri itu.
Menurut Adun Permatang, Tuan Sulaiman Abdul Razak, dana itu akan diguna untuk membaikpulih infrastruktur bekalan air dalam jangkamasa pendek.
Ia juga penting bagi memastikan krisis air seperti yang berlaku di Lembah Kelang tidak berulang.
Menurut Tuan Sulaiman, Syabas seharusnya diberikan perbelanjaan modal mencukupi bagi memastikan bekalan air kepada pengguna tidak terjejas.
Tindakan kerajaan negeri yang .membekukan perbelanjaan modal Syabas dengan alasan penstrukturan semula sejak 2008 ternyata satu penganiyaan serta tidak bertanggungjawab.
Katanya lagi, dana itu seharusnya datang daripada kerajaan negeri Selangor.
Namun mereka lebih berminat kepada penstrukturan semula tanpa memikirkan masalah yang dihadapi pengguna.
Tambah beliau lagi, tumpuan kini harus diberikan bagi memastikan bekalan air kepada pengguna dan industri di negeri Selangor mencukupi menjelang 2014.
#ADUN Permatang #SYABAS #Tuan Sulaiman Abdul Razak
;