Dana Gamelan akan dipinda mengikut kesuaian industri
Salim Aziz
Ogos 15, 2020 18:04 MYT
Ogos 15, 2020 18:04 MYT
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan meminda kriteria permohonan dana khas Galakan Melancong Malaysia (Gamelan) mengikut acuan pemain industri itu sendiri.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pindaan tersebut adalah bagi membantu merancakkan kembali industri pelancongan negara terutama di Langkawi.
“Bukan dipermudahkan, MOTAC diminta untuk dipinda dan diubah kriteria, Insya Allah kita akan pinda sebab mereka sebagai pemain industri dapat melihat bagaimana geran Gamelan dapat membantu tetapi tidak termasuk dalam aktiviti yang mereka ada.
"Jadi Insya Allah kita akan pinda mengikut citarasa berkaitan yang apa yang mereka katakan tadi,” katanya pada satu sidang media pada Sabtu.
Dana khas Gamelan adalah inisiatif kerajaan dalam membantu sektor-sektor swasta yang terlibat dalam sektor pelancongan untuk memperhebat usaha promosi dan pemasaran mereka ke arah merancakkan industri pelancongan tempatan.
Menurut Nancy lagi, melihat daripada kesan pandemik COVID-19 itu, penyatuan antara penggiat industri amat diperlukan untuk bekerjasama demi membantu merancakkan ekonomi dalam sektor pelancongan.
#coronavirus
#COVID-19
#Galakan Melancong Malaysia
#Gamelan
#industri pelancongan
#Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
#Langkawi
#Nancy Shukri
#sektor pelancongan