Dakwaan Yusoff Rawther: Anwar beri keterangan di Bukit Aman
Astro Awani
Disember 12, 2019 19:36 MYT
Disember 12, 2019 19:36 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan polis di Ibu Pejabat Bukit Aman berhubung dakwaan mencabul yang dibuat bekas pegawai penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther.
Polis mengambil keterangan Presiden PKR itu selama kira-kira sejam.
"Susulan kenyataan saya semalam yang memberi jaminan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung dakwaan Muhammed Yusoff Rawther, hari ini saya hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan.
"Proses mengambil keterangan bermula pada jam 4 petang dan berakhir sejam kemudian. Sepanjang proses tersebut, saya telah memberikan fakta dan kerjasama sepenuhnya kepada polis," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Beliau dan peguam, Ramkarpal Singh serta pegawai polis terlibat ke kediamannya untuk melengkapkan siasatan.
"Saya menghargai tindakan dan layanan pegawai polis yang menjalankan tugas dengan penuh profesional sepanjang proses berlangsung," ujarnya.
Anwar pada Rabu mengucapkan terima kasih kepada polis yang telah mengambil pendekatan proaktif dalam menyiasat dakwaan mencabul Muhammed Yusoff Rawther.
Ahli Parlimen Port Dickson itu juga berkata, beliau sedia untuk membantu pihak polis dalam siasatan kes berkenaan.
#Ahli Parlimen Port Dickson
#Anwar Ibrahim
#beri keterangan
#Bukit Aman
#dakwaan cabul
#polis
#Presiden PKR
#Ramkarpal Singh
#siasatan
#Yusoff Rawther