Dakwaan tanah kerajaan dijual kepada Vincent Tan disiasat - MB

Astro Awani
Mac 30, 2022 16:42 MYT
Ahmad Samsuri berkata penjualan tanah milik kerajaan ini adalah satu isu yang besar. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyerahan tanah milik kerajaan kepada jutawan, Tan Sri Vincent Tan.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya juga ingin mengetahui dan mendapat gambaran jelas berhubung perkara tersebut.
Ahmad Samsuri berkata penjualan tanah milik kerajaan ini adalah satu isu yang besar.
“Rekod itu boleh diperiksa, tanah itu daripada mana, diambil, dibeli dan sebagainya, semua itu ada dalam rekod tetapi kita tak ‘go thru’ (teliti) lagi.
“Saya difahamkan telah dilapor pada pihak polis, biar pihak polis menjalankan siasatan. Sudah tentu kita pun nak tahu juga keadaan sebenarnya bagaimana, sebab jarang kerajaan jual tanah ini kalau individu jual tanah itu memang berlaku,” katanya.
Jual Tanah Kerajaan | Terengganu akan jalankan siasatan
Terdahulu seorang individu dalam hantaran di laman Facebook mendakwa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menggadai tanah milik kerajaan di Pulau Redang kepada Vincent Tan.
Susulan itu Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal tampil menafikan perkara berkenaan.
Ahmad turut menyatakan tidak pernah berjumpa dengan jutawan berkenaan sepanjang zaman pentadbirannya lalu.
Ahmad Said Nafi | Tiada tanah kerajaaan dijual kepada Vincent Tan
#jual tanah #Vincent Tan #Pulau Redang #Ahmad Samsuri Mokhtar #MB Terengganu
;