Dakwaan salah guna kuasa: SPRM ambil keterangan Bung Moktar
Astro Awani
Ogos 20, 2016 22:50 MYT
Ogos 20, 2016 22:50 MYT
Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad, Datuk Bung Moktar Radin dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan pada Sabtu.
Menurut sumber kepada Astro AWANI, Ahli Parlimen Kinabatangan itu berada di pejabat SPRM Putrajaya selama hampir 5 jam.
Bung Moktar dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa sebagai Pengerusi Felcra Berhad melibatkan pembelian beberapa dana pelaburan.
Menurut sumber terbabit, siasatan juga bertujuan mengenal pasti jika wujud sebarang aktiviti rasuah dalam urusan pembelian tersebut.