IPOH: Polis Perak menafikan dakwaan bahawa pihaknya 'menutup mata' dengan tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan perjudian dalam talian dan pelacuran yang dikatakan berlaku di beberapa daerah di negeri ini.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, dakwaan pemilik akaun Twitter Edisi Khas itu, yang turut mengatakan ramai polis mengambil kesempatan atas kegiatan tersebut dengan menerima rasuah, adalah tidak benar dan merupakan fitnah kepada anggota dan pegawainya.
Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dengan kes perjudian dan pelacuran di negeri ini.
"Dia patut tampil untuk memberi maklumat supaya kita boleh bertindak. Jangan baling batu sembunyi tangan. Kalau betul, kita ada pihak tertentu yang akan buat siasatan.
"Kalau dia takut hendak memberi maklumat, gunalah saluran yang betul, ada akta yang boleh melindungi dia tanpa orang mengetahui identiti pelapor. Sesiapa yang ada maklumat berkenaan kegiatan haram di negeri Perak boleh tampil berikan maklumat," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata, semua ketua polis daerah di negeri ini telah diarahkan untuk mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan berkenaan sekiranya berlaku di daerah masing-masing, malah serbuan ke atas pusat hiburan juga diadakan secara berkala.
Menurut Mior Faridalathrash, pihaknya turut meminta pihak berkuasa tempatan di kawasan terlibat untuk membatalkan lesen premis pusat hiburan yang menggajikan warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO).
Semalam, pemilik akaun Twitter itu memuat naik ciapan mendakwa beberapa daerah di Perak iaitu Manjung, Batu Gajah, Ipoh dan Teluk Intan, sudah dibanjiri dengan kedai judi dalam talian dan pelacuran, namun tiada tindakan diambil oleh pihak polis.
Ciapan itu turut mendakwa pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima rasuah daripada sindiket terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 16 2022
Mior Faridalathrash berkata, semua ketua polis daerah di negeri ini telah diarahkan untuk mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan berkenaan sekiranya berlaku di daerah masing-masing. - Gambar fail
Kerajaan perlu tarik diri labur dalam GIP - Wan Ahmad Fayhsal
Kerajaan perlu tarik diri daripada melabur dalam GIP kerana tidak beri sebarang kepentingan kepada Malaysia sama ada dari segi moral, ekonomi mahupun merit.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [03 Julai 2024]
fokus AWANI Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
- Langkah rasionalisasi subsidi diesel berjaya bendung aktiviti penyeludupan:
- Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara - Nancy
- Tidak semua penurunan kandungan di TikTok atas permintaan MCMC, kerajaan Malaysia
- Langkah rasionalisasi subsidi diesel berjaya bendung aktiviti penyeludupan:
- Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara - Nancy
- Tidak semua penurunan kandungan di TikTok atas permintaan MCMC, kerajaan Malaysia
Kereta jenama China akan kuasai satu pertiga pasaran global menjelang 2030 - Kajian
Jenama kereta China dijangka akan menguasai satu pertiga pasaran global menjelang 2030 dan pada masa itu, mereka akan menjual sembilan juta kenderaan setahun di luar China.
Cabaran dalam menggubal ‘Lemon Law’ antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Cabaran dalam menggubal undang-undang 'Lemon Law' bagi melindungi pengguna dalam urusan pembelian kenderaan antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan Sabah ambil langkah kurangkan kesan banjir
Kerajaan Sabah mengambil langkah jangka pendek dan panjang untuk mengurangkan kesan segera dan mengelakkan kerosakan lebih teruk akibat banjir yang sedang melanda negeri itu.
Hukuman Trump ditangguhkan ke 18 September
Hukuman ke atas Trump berkaitan wang tutup mulut ditangguhkan, memberi peluang berhujah beliau kebal pendakwaan. Hukuman akan diputuskan di tengah kempen pilihan raya.
Arahan pemindahan terbesar di Gaza oleh Israel
PBB lapor arahan pemindahan Israel di Khan Younis dan Rafah melibatkan 250,000 penduduk, tingkatkan penderitaan awam dan keperluan kemanusiaan.
Perang Gaza cipta pusaran penderitaan manusia
Sigrid Kaag dari PBB nyatakan keruntuhan sistem kesihatan dan pendidikan di Gaza akibat perang, menambah penderitaan penduduk awam.
BWF semak semula protokol kecemasan susulan kematian pemain
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyemak semula protokol tindak balas kecemasannya susulan kematian pemain muda China, Zhang Zhi Jie selepas rebah di gelanggang semasa Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, Ahad lepas.
Lebih 100 terbunuh di India dalam rempuhan keagamaan
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Selasa.
Rempuhan berlaku apabila acara keagamaan yang penuh sesak itu tamat dan orang ramai jatuh tertimpa semasa sendiri ketika tergesa-gesa untuk beredar.
Rempuhan berlaku apabila acara keagamaan yang penuh sesak itu tamat dan orang ramai jatuh tertimpa semasa sendiri ketika tergesa-gesa untuk beredar.
12 individu, penganjur 'Demo Rakyat Lawan Anwar' dipanggil rakam keterangan
Seramai 12 individu termasuk penganjur akan dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung himpunan 'Demo Rakyat Lawan Anwar' di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu.
Polis Maldives tahan Timbalan Menteri didakwa terlibat dengan ilmu hitam
Fathimath Shamnaz Ali Saleem dan dua individu lain ditahan pada Ahad di ibu negara Male dan direman selama tujuh hari.
Polis tumpas geng pecah rumah didalangi warga Amerika Latin, rampas barangan lebih RM4 juta
Tangkapan itu susulan kejadian pecah rumah seorang ahli perniagaan di Bukit Damansara yang kerugian kira-kira RM7 juta pada 31 Mei lepas.
Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024
Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.
489 kes jenayah komersial direkodkan di Seremban sejak Januari
Sebanyak 25 individu ditahan dan dituduh di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan.
Geng pecah rumah warga asing tumpas
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.10 pagi, pada Isnin.
Kaki judi EURO 2024 dicekup
Lelaki tempatan berusia 42 dan 47 tahun itu ditahan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira-kira jam 1.30 pagi Khamis.
Mekanik warga emas rugi RM17,220 terperdaya iklan palsu jualan MPV
Mangsa yang membuat laporan polis semalam mendakwa telah membuat bayaran ke dalam dua akaun bank tempatan yang diberikan seorang suspek.
Justin Timberlake ditahan memandu dalam keadaan mabuk di New York
Timberlake dihadapkan ke mahkamah pada Selasa atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hilang RM24.2 juta dalam akaun, lapan termasuk empat pegawai bank ditahan
Seramai lapan individu termasuk empat pegawai bank diberkas polis selepas disyaki bersubahat dengan sindiket bagi mengeluarkan wang RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan.