Dakwaan memfitnah: Polis panggil bekas Peguam Negara, Tommy Thomas

Fareez Azman
Februari 3, 2021 16:04 MYT
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Selangor telah membuka kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan kepada media pada Rabu.
Ujarnya, kertas siasatan dibuka selepas pihaknya menerima laporan daripada bekas Pegawai Kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria pada Selasa.
"Laporan polis diterima di Cyberjaya pada 2 Februari 2021 dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana dakwaan memfitnah.
"Pihak polis akan memanggil beliau (Tommy) secepat mungkin bagi memastikan siasatan kes ini dapat dijalankan," katanya.
Terdahulu, Mohamad Hanafiah membuat laporan polis berhubung buku berjudul 'My Story: Justice in the Wilderness'.
BACA: Edar salinan cetak rompak buku Tommy Thomas, syarikat penerbitan beri amaran ambil tindakan
BACA: Najib tuntut permohonan maaf, pampasan RM10 juta daripada Tommy Thomas
BACA: JALSOA bantah penulisan Tommy Thomas hina pegawai undang-undang
Dia antara lain mendakwa terdapat petikan dalam buku berkenaan yang memfitnah dan memburukkan imejnya ketika beliau masih bertugas sebagai seorang pegawai kanan kerajaan.
#Polis Selangor #Jabatan Siasatan Jenayah #Bekas Peguam Negara #Tommy Thomas #Mohamad Hanafiah Zakaria #kerajaan #siasatan #fitnah #Buku #My Story Justice in the Wilderness
;