Dakwaan liwat pelajar Indonesia: Anwar setuju beri kerjasama kepada polis

Arfa Yunus
Oktober 6, 2018 14:05 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi kerjasama dengan pihak polis berhubung dakwaan kes liwat melibatkan pelajar dari Indonesia. -Gambar fail
Calon Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi kerjasama dengan pihak polis berhubung dakwaan kes liwat melibatkan pelajar dari Indonesia.
Ketika ditanya pemberita, Anwar menjawab, "Ya, saya akan beri kerjasama."
Ia susulan kenyataan Timbalan Ketua Polis Port Dickson Mohd Faisal Mohd Noor yang berkata pihaknya akan memanggil Anwar untuk dirakam keterangan.
Sebelum ini, ahli majlis tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam memetik posting yang viral di Facebook yang mendakwa Anwar meliwat seorang pelajar Indonesia di Singapura.
Lokman mendakwa ia adalah berdasarkan sumber daripada media Singapura, BERITAMediacorp.
Namun, BERITAMediacorp menafikan sumber kepada laporan itu.
Susulan itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil telah membuat laporan polis di Balai Polis Port Dickson.
#Anwar Ibrahim #liwat #Lokman Noor Adam #Mohd Faisal Mohd Noor #Pakatan Harapan #PKR #PRK #UMNO
;