Satu pasukan khas ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat dakwaan penglibatan George Soros dalam gerakan Bersih, Merdeka Centre dan portal berita MalaysiaKini.
Pasukan itu diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, SAC Datuk Zainuddin Ahmad.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, pasukan itu ketika ini sedang meneliti dan mengkaji pelbagai sumber berkaitan yang mendakwa wujud penyaluran dana daripada luar membiayai mana-mana gerakan dalam negara.
"Pasukan itu sedang mengkaji laporan-laporan di internet dan laporan yang dibuat pengadu.
"Kita juga sudah kenal pasti beberapa individu yang ada kaitan, dan apabila sudah siap kajian terhadap maklumat-maklumat 'open source' ini, kita akan mula panggil saksi," katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan program 'Strategising Measures to Combat Serious Crimes' di sini hari ini.
Pasukan khas Itu ditubuhkan selepas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya kes Ini disiasat secara empirikal dan terperinci, berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik.
Ia susulan dakwaan wujud dokumen yang dikatakan daripada jaringan penaja bantuan antarabangsa, Open Society Foundation (OSF) menunjukkan pengasasnya, Soros mempunyai 'kepentingan peribadi' dalam pilihan raya Malaysia.
Selain PDRM, UMNO juga menurut Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa, akan menubuhkan pasukan khas bagi tujuan sama.
Israr Khalid
Thu Nov 03 2016
KHALID: Pasukan itu sedang mengkaji laporan-laporan di internet dan laporan yang dibuat pengadu.
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indonesia ditembak mati
Bantahan di hadapan kedutaan malaysia di indonesia itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Indonesia di wilayah Riau menerima mayat seorang pekerja asing berusia 50 tahun yang maut ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didakwa menceroboh.
Metro Riyadh beri penyelesaian isu kesesakan trafik
Sistem Metro baharu Riyadh menyediakan alternatif yang lebih pantas dan berpatutan selain memandu melalui jalan raya yang sesak di bandar itu.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
[TERKINI] Lebih 60 penumpang dikhuatiri maut nahas Black Hawk-American Airlines
Menurut Ketua Bomba Washington, John Donnelly menerusi sebuah sidang media pada Khamis, setakat ini, setakat ini hanya 28 mayat berjaya ditemui
Mangsa di Sarawak Sabah meningkat
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat Khamis malam.
Nurin Hannani ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
Bahan letupan ditemui di kediaman jutawan George Soros
Kediaman jutawan kewangan terkemuka dunia, George Soros gempar apabila satu bahan letupan ditemui di peti surat di rumahnya di New York.
George Soros donated money to campaign for a rerun of Britain's EU referendum
George Soros contributed 400,000 pounds through his foundations to a campaign group which is seeking to halt Brexit.
Pasukan petugas pantau gerakan revolusi warna ditubuhkan - TPM Zahid
Pasukan petugas itu terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.
NGO Empower disyaki terima dana tajaan George Soros
Pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) di Petaling Jaya yang diserbu semalam disyaki menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh George Soros.
Pembiayaan dana asing dibimbangi mempunyai agenda tersendiri - Shahrir Samad
Shahrir berkata dana berkenaan termasuklah daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan George Soros.
Percanggahan kata-kata Dr Mahathir tentang Soros memalukan - Salleh
Beliau berkata bekas perdana menteri itu menyalahkan Soros ketika ekonomi Malaysia merudum tetapi hari ini, Dr Mahathir menyatakan perkara yang sebaliknya daripada apa yang pernah beliau perkatakan.
Dakwaan dibiaya Soros: Gerakan Baju Merah tuntut Malaysiakini ditutup
Kira-kira 100 ahli kumpulan Gerakan Baju Merah elakukan bantahan terhadap agensi berita Malaysiakini kerana menerima dana dari George Soros.
Polis siasat dakwaan portal berita ditaja dana asing - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan khas itu diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Zainuddin Ahmad.
'Kerajaan akan siasat dakwaan Soros biaya Bersih' - TPM Zahid
Maklumat yang mendakwa hartawan George Soros membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini perlu disiasat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.