Dakwaan bunuh suami, wanita dihadap ke mahkamah

Astro Awani
Oktober 26, 2021 18:15 MYT
Wanita itu didakwa dengan sengaja telah membunuh A. Murgan, 45, di sebuah rumah di Jalan Laksamana 5, Kampung Laksamana, Batu Caves di sini, pada pukul 11.30 malam, 19 Oktober lalu. - Gambar hiasan
SELAYANG: Seorang operator kilang sarung tangan didakwa di Mahkamah Majisteret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh suaminya, minggu lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh R. Umadevi, 26, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistred Nur Hafizah Rajuni berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan sengaja telah membunuh A. Murgan, 45, di sebuah rumah di Jalan Laksamana 5, Kampung Laksamana, Batu Caves di sini, pada pukul 11.30 malam, 19 Oktober lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 25 November ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
#bunuh suami #cemburu #mahkamah #Selayang
;