Dakwaan buli: Polis panggil pelajar, pemilik akaun media sosial

Abd Razak Mohd Ali
Disember 10, 2021 17:37 MYT
Mior berkata, hasil siasatan awal yang dilakukan, polis mendapati kejadian tersebut berlaku antara jam 1 hingga 2 pagi Khamis. - Gambar fail
IPOH: Pihak polis telah memanggil kesemua pelajar yang terlibat dan pemilik akaun media sosial yang menularkan video kejadian buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, hasil siasatan awal yang dilakukan, polis mendapati kejadian tersebut berlaku antara jam 1 hingga 2 pagi Khamis.
Menurutnya, kejadian itu melibatkan tujuh suspek dan seorang mangsa, kesemuanya berumur 13 tahun (Tingkatan 1).
“Pihak polis juga mengesahkan telah menerima satu laporan berkaitan kes berkenaan daripada Pengetua sekolah tersebut lebih kurang jam 1 tengah hari, Jumaat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
BACA: Dakwaan buli: Bukan di institusi bawah KPM - Radzi Jidin
BACA: MARA tidak berkompromi gejala buli - Mahdzir Khalid
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berikutan kejadian itu bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat serta dibimbangi boleh mengganggu siasatan yang dilakukan oleh pihak polis.
Katanya, masyarakat juga diingatkan tidak sesekali menularkan matlumat-maklumat tidak sahih kepada umum serta disarankan membuat sebarang aduan dan laporan di balai polis berhampiran, menghubungi jabatan yang berkaitan atau mengikut undang-undang yang diwartakan.
[TERKINI] Polis siasat kes buli di asrama
#buli #video tular #polis perak #Mior Faridalathrash Wahid
;