Dakwaan buli: Dua lagi pelajar ditahan

Abd Razak Mohd Ali
Disember 11, 2021 09:13 MYT
Mior Faridalathrash berkata, kedua-dua pelajar itu ditahan ketika datang ke IPD Kuala Kangsar. - Gambar fail
IPOH: Dua lagi pelajar yang dipercayai terlibat dalam kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, yang videonya tular, ditahan malam tadi.
Dengan penahanan itu, menjadikan enam pelajar ditahan setakat ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-dua pelajar itu ditahan ketika datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar.
“Setakat ini enam pelajar telah ditahan dan masih dalam tahanan,” katanya dalam kenyataan di sini, pagi ini.
Pada Jumaat, empat pelajar yang dipercayai menjadi suspek utama kes buli itu diditahan polis.
Menurut Mior Faridalathrash, keempat-empat pelajar berusia 13 tahun itu ditahan ketika hadir ke IPD Kuala Kangsar antara jam 6 petang hingga 7 malam tadi.
Empat pelajar telah ditahan petang tadi (Jumaat) untuk siasatan lanjut," ujarnya.
[TERKINI] Dua lagi ditahan, jumlah suspek kini enam orang
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Sebelum itu, Mior Faridalathrash berkata, tujuh remaja bersama seorang mangsa, kesemuanya berusia 13 tahun dikenal pasti terlibat dalam kes berkenaan.
BACA: Coretan mangsa buli... masih segar di ingatan walau hampir 20 tahun berlalu
Buli Sekolah | Polis tahan empat pelajar disyaki suspek
#buli #pelajar sekolah asrama #Mior Faridalathrash Wahid #Kuala Kangsar
;