Dakwaan berkaitan tanah ATM tidak benar sama sekali - Hishammuddin

Bernama
April 9, 2018 10:21 MYT
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memakaikan pangkat Brigadier Jeneral Askar Wataniah kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan hari ini. - Foto Bernama
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan dakwaan dibangkitkan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berhubung tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah tidak benar sama sekali.
"Setakat hari ini tiada sebarang perkembangan mengenai perkara yang berkenaan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan tersebut selepas merasmikan Program Jelajah Perkasa Perwira Kuching 1 Divisyen di Kem Muara Tuang di sini,hari ini.

Tuduhan dan dakwaan TS Rafidah bahawa sebuah syarikat milik 3 individu yang kini memiliki dan membuat semua keputusan tanah @MINDEFMalaysia/Tentera adalah tidak benar! Kenyataan beliau amat tidak bertanggungjawab dan merupakan satu pembohongan yang nyata! pic.twitter.com/mW2Gdpk0LB

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) April 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam dakwaan tersebut, Rafidah menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku menteri pertahanan pada tahun 2008 telah mengesyorkan penswastaan lebih 40,000 hektar tanah ATM kepada sebuah syarikat milik tiga individu dan telahpun diluluskan serta dilaksanakan.
-- BERNAMA
#Angkatan Tentera Malaysia #Hishammuddin Hussein #Malaysia #menteri #Najib Razak #Rafidah Aziz #tentera