'Dakwaan Azam Baki timbulkan kecurigaan serius' - AMK desak siasatan terperinci

Raja Hisyam Raja Zaid
Januari 7, 2022 12:22 MYT
Angkatan Muda Keadilan diketuai Akmal Nasir dan beberapa Ahli Parlimen membuat laporan polis terhadap Azam Baki pagi tadi. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) diketuai Akmal Nasir dan beberapa Ahli Parlimen membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur pagi tadi.
Ia berikutan pembabitan Azam dalam pemilikan saham yang didakwa adalah milik adiknya.
Turut hadir Ahli Parlimen Pantai Dalam, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik
Menurut Akmal, kenyataan media yang dibuat Azam dua hari lalu tidak melambangkan ketelusan yang sewajarnya oleh badan seperti SPRM.
Isu SPRM | AMK, ahli Parlimen buat laporan polis
SEMUA MENGENAI KONTROVERSI MEMBABITKAN AZAM BAKI DI SINI
"Kita menuntut siasatan lebih menyeluruh serta telus membabitkan kes ini oleh PDRM dan perkara ini mestilah dibawa ke sidang Parlimen.
"Kita ingin pohon pihak polis segera menyiasat kerana boleh menimbulkan kecurigaan yang serius kerana berpotensi melanggar peruntukan Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat 1991)," katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis.
Pihak AMK juga melihat perkara ini sebagai tidak munasabah memandangkan adik Azam iaitu Nasir Baki turut memiliki akaun sendiri.
"Jadi apa perlu adiknya guna akaun Azam Baki.
"Dan semakan juga perlu dilihat dari sudut cukai dan bagaimana kita nak sahkan bahawa wang itu adalah memang milik adiknya?" katanya lagi.
Dalam sidang media sebelum ini, Azam menjelaskan saham berkenaan dibeli oleh adiknya pada tahun 2015 menggunakan namanya dan beliau tidak mempunyai kepentingan dalam pemilikan itu.
Saham tersebut kini telah pun dipindahkan semula kepada adiknya.
BERITA BERKAITAN
Pejuang Muda mahu LPPR profesional, cutikan Azam Baki
SPRM: Azam Baki perlu direhatkan, elak jadi liabiliti - Rasuah Busters
Lalitha terima surat tuntutan berhubung dakwaan fitnah Azam Baki
Pemuda Pas cadang Azam Baki direhatkan hingga siasatan selesai
Selepas Putra dan Pas, #RasuahBusters pula gesa Azam Baki berehat
Isu pemilikan saham: SC panggil Azam Baki
Nasi sudah jadi bubur, penjelasan Azam Baki dan LPPR sukar diterima - Walter Sandosam
Tunggu surat saman - Azam Baki
Penjelasan Azam Baki, LPPR tidak memadai - Cynthia Gabriel
Salahuddin Ayub usul bahas isu Azam Baki di Parlimen
Azam Baki perlu jadi 'gentleman' jika yakin di pihak yang benar - PEMBELA
Dakwaan terhadap Azam Baki: Pemilikan saham penjawat awam? Ini yang anda perlu tahu
Isu Azam Baki: Kegagalan beri penjelasan menyeluruh hakis kepercayaan terhadap SPRM - IDEAS
Putra pertikai sidang media bersih nama Azam Baki, mahu kerajaan tubuh jawatankuasa bebas
"Tohmahan ini direka untuk jatuhkan reputasi saya" - Azam Baki jawab dakwaan miliki saham
LPPR puas hati penjelasan Azam Baki berhubung dakwaan pemilikan saham
#Azam Baki #SPRM #Nasir Baki #Akmal Nasir
;