Dakwaan anak menteri PH kawal kementerian itu 's**t, rubbish!' - Mohamaddin Ketapi
Firdaus Azil
November 22, 2018 14:09 MYT
November 22, 2018 14:09 MYT
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini menganggap dakwaan satu kementerian ‘dikawal’ oleh anak menteri berkenaan adalah tidak berasas sama sekali.
Ahli Parlimen Silam dari Parti Warisan Sabah itu berkata, tiada seorang pun Menteri dari Pakatan Harapan yang bodoh untuk membiarkan anak-anak mereka mengawal selia urusan mana-mana kementerian.
“You don’t believe these kind of s**t, and rubbish,” katanya ketika ditanya wartawan selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Institut Kraf Negara kali ke-17 di Institut Kraf Negara, di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan, wujud dakwaan seorang anak Menteri ‘mengawal’ aktiviti kementerian, termasuk menentukan syarikat yang berhak untuk menerima tender kerajaan secara terus.
Mengulas lanjut, Mohamaddin berkata, perkara itu sengaja dihebahkan pihak tertentu yang mempunyai sifat tidak bertanggungjawab, serta mempunyai hati yang busuk.
Bagaimanapun, dalam satu sidang media di Putrajaya semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu dalam pemerhatian pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
#anak
#Mahathir Mohamad
#Media
#menteri
#Mohamaddin Ketapi
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#pelancongan
#Perdana Menteri
#Putrajaya
#SPRM