Dakwaan ADUN ditahan: Tiada siapa boleh terlepas dari undang-undang - Tun Mahathir

Firdaus Azil
Januari 13, 2020 10:14 MYT
Dr Mahathir berkata semua pihak perlu bersabar sehingga maklumat penuh diperolehi. - Gambar fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan tiada siapa akan terlepas dari tindakan undang-undang, sekiranya didapati bersalah, termasuk diri beliau sendiri.
Bagaimanapun Dr Mahathir berkata, berhubung penahanan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Adhif Syan Abdullah awal pagi tadi, beliau tidak mengetahui apa-apa dan masih menunggu maklumat lanjut.
Ditanya sama ada penahanan Adhif Syan, termasuk beberapa individu yang dikatakan ahli kepada Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, perlu dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti, Dr Mahathir yang ditemui pada sidang media di sini petang tadi sekali lagi berkata semua pihak perlu bersabar sehingga maklumat penuh diperolehi.
BACA: ADUN Dengkil ditahan: Adhif nafi, Bersatu Selangor sahkan ADUN Selangor ditahan
BACA: Pesta persendirian: Pegawai disiasat akan digantung tugas - Syed Saddiq
BACA: ADUN Dengkil, Adhif Syan nafi ditahan polis, positif dadah
#Adhif Syan #ADUN #ditahan #Mahathir Mohamad #Malaysia #parti persendirian #Perdana Menteri